Senin, 11 Maret 2019

Politik Ghairah Ketua Delegasi Thailand Menjadi Kehilangan Arah Tuju

Suatu pernyataan politik tidak sihat dan pembelokan fakta sebenar oleh Genderal Udomcai Tammasarurat tentang konflik di Patani. Pernyataannya, sangat tidak realistik terhadap arah tuju dan kelanjutan proses pembicaraan damai.

Pengelabuan fakta yang sebenar terhadap realiti Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN). Gen. Udomcai T. mengatakan organisasi ini tidak memiliki susunan yang baik dan solit. Hanya sahaja beberapa orang yang di anggap penting dalam organisasi ini. Sebuah pernyataan geli dan tidak bermarwah sebagai ketua Tim Delegasi.

Apa lagi Tim ini mewakili Agenda Kebangsaan Thailand, yang di tugaskan oleh pihak Perdana Menteri.

Hasilan daripada rampasan kuasa demokrasi rakyat Thailnad sendiri. Sikap Gen. Udomcai T. ini memang tidak layak lagi menjadi ketua Tim Delegasi Thailand dalam proses pembicaraan damai. Kerana sudah di anggap tidak bermarbat dan murahan oleh mana-mana pihak yang mendengarkan temu bual dirinya dan wartawan di beberapa kesempatan.

Kenyataan yang menjadi rahasia umum bahawa BRN adalah oraganisasi yang tersusun sangat baik dan rahasia. Organisasi yang memiliki keanggotaannya daripada setiap kalangan rakyat bangsa Patani.

Bermula daripada para ulama muktabar, intelektual dari berbagai bidang, yang memiliki kepakaran hampir setiap aspek. Golongan terpelajar dan berakhlak baik,juga bermoral dalam kehidupan bermasyarakat. Dalam setiap lapisan kehidupan di 4 wilayah terdapat anggota BRN.

Terdiri daripada Pejabat kerajaan Thailand sendiri, iaitu Pejawat awam, Polis, Tentera dan rela. Guru-Guru sekolah kebangsaan dan pegawai-pegawai kerajaan lainnya. Kerana BRN merupakan organisasi rahasia dan bersifat UNDER GROUND.

Maka, menjadi fakta dan sangat rasional sekali bagi pernyataan-pernyataan Pertubuhan Antarabangsa, seperti Internasional Crisis Group (ICG), Pertubuhan SASAGAWA  Jepun, ICRC Swisszeland, Erope Union (EU) dan banyak lagi yang tidak disebut. Pertumbuhan-petumbuhan antarabangsa ini sangat memahami tentang isu konflik di Patani.

Mereka bahkan tahu bahawa BRN-lah berperanan penting terhadap konflik di selatan Thailand. Beberapa daripada mereka juga berkesempatan menemui dan temu bual bersama Angkatan Bersenjata BRN.

Kombetan BRN adalah yang terkuat dan tingkat operasinya sangat akfektif, juga menepati sasaran dalam setiap operasi yang dilancarkan. BRN mendapat pengakuan daripada perbagai pihak. Seperti Gen. Sumret Seerai, yang cukup lama bertugas di 4 wilayah.

Dia sendiri banyak membuat kajian tentang struktur dan susunan BRN. Hasilnya, di akui bahawa BRN mempunyai susunan yang lengkap dan terdapat susunan yang sulit di fahami. Bersifat rahasia dan susah dikenali keanggotaannya dan mempunyai kekuatan yang susah untuk dikalahkan.

Chaiyung Maneerungsakun, selaku Preseden Perkumpulan Surat Khabar Wilayah Selatan, yang sudah sekian lama bertugas di 4 wilayah, dengan jelas menyatakan bahawa BRN-lah yang menguasai kawasan dan rakyat, juga aktif bergerilya di 4 wilayah tetsebut. Tambahnya, operasi BRN selalu berjaya dan susah untuk menangkap pelakunya. 

Kerana mendapat sokongan dan bantuan daripada rakyat tempatan. Dia juga mengatakan, proses pembicaraan damai tidak akan kemana-kemana. Selagi BRN tidak di perakui posisi sebenarnya dalam isu konflik ini. Dengan ertian kata, BRN di terima sepenuhnya sebagai lawan pembicaraan pihak kerajaan Thailand.

Cukup sampai di sini sahaja bagi Gen. Udomcai T., untuk membawa Tim delegasinya dan tidak mungkin sampai kemeja perundingan damai yang dialu-alukan. Sikap tidak menghargai lawan dialog, juga telah membuktikan dirinya.

Dengan berkelakuan politik yang tidak sopan, menolak bertemu dengan Delegasi Majelis Rakyat Patani (MARA PATANI), yang selama 7 tahun ini menjadi lawan dialog kerajaan Thailand.

Sebagai moral negarawan dan ketua Tim delegasi Thailand. Sepatutnya sikap tersebut, tidak ditunjukan dengan pernyataan-pernyataan melalui silap lidah di media. Yang akhirnya, Gen. Udomcai T. yang kehilangan arah tuju dalam proses yang dia upayakan.

Boleh di katakan, kembali balik ketitik nol. semula dan hilang puncanya. Jika memang niatnya untuk mengetepikan MARA PATANI. Maka semuanya akan kembali ketahun 2013, dengan kembali mencari aset pertama dikala itu iaitu Ustaz Hasan Toyeb.

Sandiwara apa lagi yang akan ditunjukan oleh Gen. Udomcai T. kepada bangsa Patani. Polisi damai di bawah kibaran bendera masyarakat majmuk tanpa mengira etnik dan agama.

Dengan anggapan bahawa semua agama sama, bebas bergaul dalam kesamarataan dan tidak ada perbezaan dalam setiap aspek kehidupan. Jelas ini bukan identiti sebenar bangsa Patani, yang salalu menjunjug tinggi nilai-nilai agama Islam, berlaku adil bagi setiap aspek kehidupan, bertolak ansur sesama manusia dan murah senyum dalam berakhlak.

Rasa persaudaraan yang kuat dan penuh kasih sayang bagi setiap bangsa yang ada di wilayahnya. Persaudaraan bangsa Patani tidak hanya terhenti di 4 wilayah sahaja. Tetapi meluas dan menyebar keseluruh Nusantara, Malaysia, Indonesia, Brunai Darussalam, Singapura dan Pilipina.

Kemelayuan bangsa Patani dan persaudaraan Nusantara akan menjadi kekauatan perang rakyat semesta terhadap kerajaan Thailand. Sekiranya. Gen. Udomcai T. berusaha untuk memaksa Ustaz Hasan T., ini tidak akan menghasilkan apaapa kepentingannya.

Apa lagi untuk menarik Ustaz Hasan T. kembali berperanan aktif dalam proses perundingan damai akan menjadi sia-sia. Mengingatkan bahawa tahun 2013, upaya Taksin Cinawatra dan adiknya Yingluk Cinawatra sebagai Perdana Menteri Thailand pada masa itu.

Semua berjalan di bawah kerajaan demokrasi dan bukan Rezim rampasan kekuasaan. Gen. Udomcai T. perlu mengkaji semula terhadap konflik ini, selama 14 tahun perang terjadi semenjak 2004 dan terus berlangsung di setiap saat.

Di bawah 6 orang Perdana Menderi yang bersilih ganti, 2 kali terjadi rampasan kuasa oleh tentera. Iaitu di bawah Gen. Sunti Bunyarakalim dan Gen. Prayut Cant O Cha. Namun, BRN masih aktif perjuang di bawah satu kesatuan umat dan rakyat, yang selalu memberi bantuan sokongan padu, tidak mengenal lelah dan selalu berjuang untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan sepenuhnya daripada penjajahan Thailand.

Sumber : suararakyat1785.blogspot.com, 11 Maret 2019.

0 komentar:

Posting Komentar