This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Rabu, 30 Desember 2015

SEKOLAH MELAYU DAN TADIKA

Sekolah Melayu Dan Tadika
Tadika : Taman Didikan kanak-kanak
Ada bukti mengatakan bahawa sekolah Melayu (Tadika)
Telah diakui oleh Kementerian Dalam Negeri Thailand
Pada tanggal 27 October 1949 (2492)  ''64 tahun yang lalu''
Ini bererti sekolah Melayu telah wujud sebelum tarikh itu lagi. 
Asal Sekolah Melayu dan Tadika
Pada asal sekolah Melayu adalah diebaratkan sebagai pusat pengajian Al-Quran dan Bahasa Melayu di rumah-rumah Tok Guru yang mengajar Al-Quran waktu sepas solah Maghrib, kemudian ajar tajuwid dan Bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi.
Disebabkan pada satu masa dulu, kerajaan Siam memaksakan anak-anak Melayu bersekolah dalam system persekolahan Siam (sekolah Kebangsaan Thai), ia menggunakan bahasa Thai sebagai pengantar serta mengharamkan bercakap Malayu dalam sekolah Thai. Maka peluang untuk anak Melayu belajar agama dan Melayu sangat sedikit.
Berasas kesedaran, dan rasa tanggungjawab , bimbang kehilangan marwah bangsa sendiri, serta semangat cinta kepada Agama dan Bangsa sangat tinggi, maka lahirlah rasa ingin mengajadari kalangan para cerdik pandai tempatan dan alim ulama semasa, mereka mengajar mengaji Al-Quran di rumah mereka sendiri dan mengajar bacaan Melayu bertulisan Jawi  sebagai tambahan belajar selepas solat Isya hingga ke malam.
Mengikut cerita orang tua-tua dulu, pada masa itu pihak pegawai kerajaan mengcuriga belajar Melayu, baik di rumah maupun Surau , Balai Sah dan Masjid. Sekolah Melayu adalah sebagai sasaran dalam curigaan itu, hingga setengah orang Melayu tak berani menyebut perkataan Melayu didepan khalayah ramai dan sekolah Melayu tidak boleh diadakan secara terbuka. Dengan itu mereka hanya mengajar Al-Quran dan tajuwid sahaja, dan mereka mengajar bahasa Melayu di Taman Didikan Kanak-Kanak yang mereka sengaja tubuhkan sebagai tempat mengasuh anak-anak kecil, mereka singkatkan perkataan Taman Didikan Kanak-Kanak kepada TADIKA sejajar dengan apa yang ada di Malaysia dan Indonesia.Perkataan sekolah Tadika digunakan pada sekitar tahun 1950an (2493) hingga ke hari ini. 
Pada awalnya di sekolah Melayu (Tadika) mereka hanya mengajar Baca Al-Quran dan bacaan dan tulisan Melayu dengan menggunakan huruf Jawi sebagai asas, tulisan Rumi sebagai pengajian BAHASA.
Guru yang mengajar biasanya pandai dalam semua ilmu yang diajar, seperti Al-Quran , tajuwid, dan pandai dalam bahasa Melayu dengan dua tulisan. Guru itulah yang menjadi Imam sembahyang di kampung dan juga Imam solat di masjid, dan mengepalai baca doa tahlil arwah, tahlil kesyukuran, dan lain-lain yang bersangkutan dengan kegiatan agama dan masyarakat. Mereka ini digelar dengan berbagai gelaran mengikut panggilan tempatan dan kawasan masing-masing ada yang panggil “Tok Guru” , “Babo” , “Tok Imam”, “ Tok Haji” ,“Tok Leba”, “Tok Pakir” , “Cikgu” dan sebagainya. 
Pada tahun 1970an , sekolah Tadika tersebar luas di kampung-kampung , mereka sediakan tempat khas untuk mengjar, seperti di rumah Tok Guru, di Balai Sah dan di Masjid. Para pengajar pula terdiri dari orang lepasan Pondok dan sekolah-sekolah agama dan mereka yang pulang dari Mekah.
Ada setengah tempat, sekolah tadika itu dibesarkan menjadi Pondok dan sekolah agama. Ada juga masih kekal dengan tadika hingga sekarang. Di setiap kampung orang Melayu bila ada masjid, maka Tadika pun ada . Seorang Tokoh pendakwah ada berkata : “kampong yang tidak ada Tadika, kampong itu adalah dayus
Tadika : Pendidikan agama Islam, dengan  menggunakan bahasa Melayu bertulisan jawi dan  rumi untuk anak-anak Melayu Selatan Thai yang berumur diantara 5 – 12 tahun, belajar hari  Sabtu dan Ahad.
Pada kebelakangan ini, bermula tahun 1977 (2520), oleh kerana kebanyakan pengajar-pengajar Tadika , terdiri dari anak-anak  lepasan sekolah agama dan sekolah pondok, maka mata pelajaran dan ilmu yang diajar mengikut apa yang di ambil dari tempat yang dia belajar. Tetapi pelajaran asas mereka kekalkan, antaranya adalah; Al-Quran, Tauhid, Fikah, Akhlak, Sejarah (Sirah)  dan Melayu ( Jawi dan Rumi).
                Selain itu juga mereka membentuk kelas-kelas dan membahagi bilik-bilik pengajian, ada juga yang member nama “ darjah” , “kelas” dn sebagainya. Mereka membahagi darjah mengikut umur dan kepandaian pelajar. Darjah atau kelas, dimulakan dengan kelas “setengah” atau “kelas kosong” (iaitu sebelum kelas satu,kebelakangan ini ditukar kepada “ kelas A” dan “kelas B” ), kemudian kelas satu, dua, tiga dan empat. Pelajar yang tamat kelas empat di Tadika mereka dapat sambung pengajian di  sekolah-sekolah agama dan Pondok-Pondok .
                Tahun 1997 (2540), mula menyatukan kurikulum pengajian Tadika, dengan menggunakan buku-buku pengajian Tadika yang dikeluarkan oleh Badan pelajaran Majlis Agama Islam Pattani sebagai asas. Sebelum itu buku-buku pengajian Tadika dah sedia ada, yang dibuat dan catatkan oleh Pustaka Pattani dan tersibar luar di wilayah Pattani sahaja.Dansetelah adanya kurikulum Tadika, maka wilayah-wilayah lain pun turut guna buku tersebut sebagai menyatukan buku pengajian Tadika dalam satu kesatuan .Berasaskan ingin menggunakan buku yang sama, mereka tubuhkan persatuan-peresatuan Tadika untuk tujuan mudah menyusun dan mentadbir.
Antara mata pelajaran yang di ajar di tadika ;
           Pelajaran asas adalah
1-       Al-Quran
2-       Tauhid
3-       Fiqah
4-       Akhlak
5-       Sejarah (Sirah)
6-       Melayu ( Jawi dan Rumi)
Pelajaran tambahan adalah
1-       Tajuwid
2-       Tafsir
3-       Hadis
4-       Nahu
5-       Saraf
6-       Khat
7-       Muhadasah
8-       Dan lain-lain 
                Bermula pada tahun 2005 (2548) , pengajian Tadika mula ubah penyusunan pembahagian kelas atau darjah dari ada empat kelas kepada enam kelas, mengikut penyesuaian dengan pengajian dasar kerajaan Thai. Maka kelas permulaan adalah kelas satu ,dua,tiga,empat, lima dan enam, sama dengan system pengajian sekolah dasar kerajaan sebanyak 6 kelas.
Kebanyakan lepasan Tadika, mereka sambung pengajian di sekolah atau di Pondok yang gurunya belajar dulu dan sedikit yang pergi ketempat lain.Ada yang belajar terus di Pondok dan ada juga yang pergi sambung pengajian mereka ke luar negeri seperti di Negara Arab ( timur tengah),di Pakistan dan di Negara jirang seperti Malaysia, Indonesia, Berunie . Mereka inilah sebagai pengganti guru di sekolah agama dan pondok dan ada juga yang terus memikir dan berusaha membangun Tadika supaya tidak hilang ditelang zaman.
Setelah Tadika mengajar secara masing-masing membuatkan kedudukan Tadika mengalami berbagai kelemahan dan kekurangan, maka mereka fikir menyatukan Tadika didalam kesatuan, dengan mendapat bimbingan dari sekolah-sekolah agama, maka lahirlah persatuan-persatuan Tadika di kawasan yang ada sekolah agama. Antara persatuan Tadika yang mula tubuhakan adalah;-
          Persatuan Tadika Sekolah Pombing ( Penarik, Patani)
          Persatuan Tadika Sekolah Pedau Jabat ( Roso Menara) 2521
          Persatuan Tadika Majlis Agama Islam Patani
          Persatuan Tadika Sekolah Bejah Airong (Menara)
          Persatuan Tadika  Sekolah Caya ( Marebol Tjatoh, Menara)2530
          Persatuan Tadika Membala
          Persatua Tadika Daerah Kuala kawil
          Persatuan Tadika wilayah Pattani (2520)
          Persatuan Tadika wilayah Narathiwat  ( 2534 ) rasmi 2537
Catatan-catan penting hal Tadika
1-       1949  (2492)         : Sekolah Melayu
2-       1950 (2493)          : Tadika
3-       1970 (2513)          : Tadika tersibar di kampong-kampung
4-       1977 (2520)          : Lahir persatuan-persatuan
5-       1987 (2530)          : Lahir Pustaka Patani
6-       1991 (2534)           : Lahir Pusaka Menara
7-       1992 (2535)          : Buat buku-buku Tadika
8-       1994 (2537)          : Pusaka Menara menjadi Yayasan (มูลนิธิฯ)
9-       1994 (2537)          : Lahir Pertiwi Jala
10-   1996 (2539)          : lahir Putra Sanggora
11-   1997 (2540)          : Tubuh Perkasa
12-   1997 (2540)          : Buat Kurikulum Tadika
13-   1999 (2542)          : Lahir Pantas  Satun
14-   2005 (2548)          : Perubahan kelas kepada 6 kelas
15-   2005 (2548)          : Kerajaan buat Kurikulum Tadika Kerajaan
16-   2005 (2548)          : Kerajaan mula ganggu hal Tadika
17-   2006 (2549)          : Tadika dapat gaji 2,000 bath dari kerajaan
18-   2013 (2556)          : Membuat perubahan Kurikulum (Perkasa)
Referensi sumber diulas dari links :
...........................................................
https://pusakamnr.wordpress.com/%E0%B8%88%E0%B8%B3%E0%B8%99%E0%B8%A7%E0%B8%99%E0%B8%95%E0%B8%B2%E0%B8%94%E0%B8%B5%E0%B8%81%E0%B8%B2/

Syeikh Ahmad al-Fathani : Apa Itu Melayu?

HINGGA penghujung tahun 1880-an Masihi, belum dijumpai takrif tentang istilah Melayu dalam pelbagai aspek oleh putera dunia Melayu sendiri, kecuali hanya dibicarakan oleh Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathanidalam banyak tempat yang secara terpisah.
Sebelum membicarakan pelbagai aspek peradaban dunia Melayu, penulis petik kembali kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani yang beliau tulis dalam bahasa Arab dan pernah diterjemah dan dimuat dalam buku Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1.Petikan itu ialah:
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Iaitu kesatuan semua bangsa Melayu, al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya’. Mereka adalah kelompok atawa segolongan besar manusia. Negeri-negeri mereka adalahsesubur-subur negeri dunia.
“Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.
“Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan “Jawah“, iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.
“Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudahdaripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.
“Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.
“Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani asli yang diterjemahkan di atas adalah dalam bahasa Arab dan ditempatkan pada bahagian tepi karya beliau berjudul Tashil Nail al-Amani. Kitab ini masih diajar di beberapa tempat di dunia Melayu, mahupun di tempat-tempat lain di dunia Islam terutama di Mesir.
Dengan kalimat yang pendek tetapi menyentuh pelbagai aspek tentang Melayu tersebut di atas, bererti Sheikh al-Fathani telah memperkenalkan peradaban dan ketamadunan Melayu di peringkat antarabangsa sejak tahun 1300 H/1882 M, iaitu tahun beliau selesai menulis kitab Tashil Nail al-Amani itu.
Perlu penulis sertakan penafsiran kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani tersebut, dimulai dari kalimatnya, “al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya“, takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan “mi” (Mi-layu) atau “ma” (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah “me” (Me-layu).
Tidak terdapat tulisan lanjut pendapat Sheikh Ahmad al-Fathani yang menyebut apakah perkataan Melayu itu dari bahasa Arab atau pun bahasa lainnya. Kemungkinan “mi” (Mi-layu) atau “ma” (Ma-layu) yang disebut oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu adalah berasal dari perkataan Arab.
Dunia Melayu
1. dari aspek geografi dan kesuburannya
Sheikh Ahmad al-Fathani memastikan letak negeri Melayu dengan katanya, “Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina“. Ini adalah gambaran bahawa letak dunia Melayu yang strategik kerana diapit oleh dua tanah besar dalam benua Asia, iaitu Cina dan India.
Ia diperjelaskan lagi dengan kalimat, “Pakar / ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa adalah alam Melayu itu sebahagian dari negeri-negeri India-Cina. Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan Jawah.”
Menurut Sheikh Ahmad al-Fathani, “iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana” atau di dunia Melayu. Dari perkataan “Jawah” kemudiannya menjadi Jawi. Walaupun antara orang Melayu dengan orang Jawa adalah serumpun Melayu, namun pada pandangan Sheikh Ahmad al-Fathani orang Melayu tidak sama dengan Jawa.
Inilah yang dimaksudkan dengan kalimat, “Orang-orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.” Sukar juga kita mencari sebab asal usul dunia Melayu dinamakan tanah Jawi oleh orang-orang Arab, terutama orang Arab Mekah. Kemungkinan juga berasal dari nama Pulau Jawa yang terletak dalam gugusan kepulauan Melayu.
Selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, “Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah“, dalam Hadiqat al-AzharIa adalah petikan Jaridah Al-Ma’lumat terbitan Betawi.
Sheikh Ahmad al-Fathani menyebut beberapa buah pulau, katanya: “Adalah Kepulauan Nusantara, iaitu sejumlah pulau-pulau yang terdiri dari: Sumatera, Bangka, Belitung, Jawa, Madura, Bali, Lombok, Sumbawa, Flores, Timor, Borneo / Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan banyak lagi“.
Kalimat selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, “Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia …” yang dimaksudkan di sini ialah bahawa keseluruhan dunia Melayu mempunyai hasil yang banyak, baik hasil tanah daratan, hasil laut mahu pun yang terkandung dalam perut buminya yang demikian luas.
Dalam karyanya Thaiyib al-Ihsan fi Thib al-Insan, beliau berpendapat tentang kesuburan spesies tumbuh-tumbuhan untuk perubatan terdapat di bumi Melayu seperti yang beliau nyatakan pada kalimat, “Padahal kita jenis Melayu aula dengan demikian itu, dari kerana banyak segala ubat-ubat itu pada bumi kita. Hingga adalah kebanyakan ubat-ubat mereka itu diambilkan daripada bumi kita. Dan kita terlebih aula pada merintahkan diri kita daripada jenis yang lain daripada kita“.
2. Aspek bahasa dan ciri-ciri bangsa Melayu
Setelah memperkenalkan bangsa Melayu, letak dan kesuburannya, Sheikh Ahmad al-Fathani melanjutkan bahasan tentang bahasa. Katanya, “Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu.”
Pada konteks bahasa-bahasa serumpun Melayu dalam Hadiqat al-Azhar, Sheikh Ahmad al-Fathani menjelaskan, “Bahasa mereka bermacam-macam iaitu Melayu, Jawa, Sunda, Madura, Bugis, Aceh, Bali, [dan bermacam-macam lagi]“.
Walaupun di dunia Melayu terdapat berbagai-bagai bahasa, namun oleh sebab “Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan / mudah …”, maka bahasa Melayu adalah menjadi bahasa pengantar.
Sheikh Ahmad al-Fathani menyambung kalimatnya, “Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai/menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu“.
Persyaratan sesuatu bangsa yang berperadaban atau bertamadun, tentang bangsa Melayu hingga tahun 1300 H/1882 M, Sheikh Ahmad al-Fathani berpendapat, “Sebahagian ciri-ciri khusus mereka itu ialah, bahawa seseorang tiada melihat di negeri mereka dan lainnya peminta-peminta secara paksa, walaupun keadaan mereka sendiri sangat miskin sekali pun“.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pandangan ini selain ditulis pada nota Tashil Nail al-Amani lebih lengkap ditulis pada nota karyanya Faridat al-Faraid yang ditulis tahun 1313 H/1895 M. Catatannya,
Muru’ah, ertinya “kemukaan” atau “kemanusiaan”, iaitu kemuliaan seseorang, dan kesempurnaannya, dan beberapa adab yang ada sekalian itu pada dirinya yang membawa oleh memeliharanya akan dia kepada baik segala perangainya dan elok segala adatnya.
Dan terjemah hamba akan “muru’ah” dengan erti “kemukaan” itu, betul lagi nyata, kerana “kemukaan” pada bahasa Melayu itu kinayah daripada keadaan seseorang itu mempunyai nafsu yang dipuji.
Yang membawa akan dia kepada mengerjakan pekerjaan yang baik Lagi tiada reda ia sertanya mengerjakan barang yang tiada patut dengan keadaan manusia.
Maka iaitulah ‘ain “muru’ah” yang pada bahasa Arab, dikatakan “Si Anu itu orang yang bermuka”. Ertinya: “mempunyai maruah, yang ia malu mengerjakan barang yang tiada patut dan loba ia atas mengerjakan barang yang membawa kepada kepujian dirinya”.
Dengan dalil memulia mereka itu akan orang dagang yang datang kepada negeri mereka, istimewa ahlil Hijaz. Dan jika tiada dibalaskan mereka itu dengan syukur sekalipun. Dan tiada ada pada mereka itu banyak tipu daya.
Dan tiada ada pada mereka itu menghilangkan air muka dengan meminta. Bersalahan setengah daripada jenis yang lainnya. Dan “kemukaan” ini lain daripada “wajahah” yang pada bahasa Arab. Kerana makna “wajahah” itu “al-hazhu wal ratbah”.
Dan iaitu bukannya “kemukaan” yang pada bahasa Melayu. Maka tertolaklah dengan demikian itu i’tiradh setengah manusia akan tafsir hamba akan “muru’ah” dengan “kemukaan”. Maka ia berkata ia [bahawa] “kemukaan” itu terjemah “wajahah” yang pada bahasa Arab.
Ada pun tafsir hamba akan “muru’ah” dengan “kemanusiaan”, ertinya “keadaan seseorang itu manusia yang sempurna“.
Maka, iaitu terlebih nyata, karena syaan manusia yang sempurna itu bahawa bersifat ia dengan segala barang yang tersebut pada makna “muru’ah” itu. Wallahu a’lam.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Masih dalam konteks di atas, sambungan kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani dilengkapi dengan kalimatnya bahawa orang Melayu “memiliki kehormatan yang sopan …”
3. Aspek perkembangan ilmu pengetahuan
Pada sambungan kalimat di atas Sheikh Ahmad al-Fathani menggambarkan orang Melayu dapat menerima perubahan perkembangan zaman serta cerdas menerima ilmu pengetahuan.
Inilah yang dimaksudkan dengan katanya bahawa orang Melayu “menguasai perbaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya“.
Mengenai perkataannya “menerima pemodenan teknologi” Sheikh Ahmad al-Fathani dalam beberapa tulisannya turut membicarakan perkara itu. (Lihat Al-Fatawal Fathaniyah Sheikh Ahmad Al-Fathani, jilid 3, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1422 H/2002 M, halaman 31-32).
4. Aspek kedaulatan pemerintahan
Dalam konteks kedaulatan pemerintahan, Sheikh Ahmad al-Fathani mengakhiri kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani, katanya, “Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka. Semoga Allah memelihara negara-negara Islam daripada mereka (kafir). Amin“.
Sheikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin dan beberapa karangan yang lain menyebut mulai kedatangan Islam di dunia Melayu sehingga membentuk daulah yang dipegang oleh orang-orang Islam.
Namun selanjutnya bangsa penjajah Portugis, Inggeris dan Belanda telah datang menjajah dunia Melayu. Khusus mengenai Patani juga beliau sentuh.
Dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin memberi contoh peperangan yang panjang antara Aceh dengan penjajah Belanda, sampai tahun 1316 H/1898 M, iaitu zaman Sheikh Ahmad al-Fathani, telah terjadi perang selama29 tahun.
Tahun yang disebutkan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu ada hubungan dengan perjuangan terakhir Teuku Umar.
 TEUKU Umar Johan Pahlawan (kiri) yang memimpin perang jihad fisabillah menentang penjajahan Belanda.

Pada 1 April 1898 M, Teuku Umar Johan Pahlawan Lampaseh, Teuku Tjoet Tungkob dan hulubalang-hulubalang mengucapkan sumpah setia kepada sultan untuk meneruskan perang sabilillah.
Selanjutnya pada 23 Julai 1898 M, di Keude Meulu, Pidie, Teuku Umar Johan Pahlawan Lampaseh, dilantik pemimpin perang sabilillah dalam satu mesyuarat pemimpin adat dan ulama-ulama Islam.
Sheikh Ahmad al-Fathani (1272 H/1856 M – 1325 H/1908 M) hidup sezaman dengan Teuku Umar (1854 M – 1899 M), beliau lebih muda sekitar dua tahun daripada Teuku Umar.
Memerhatikan tulisan-tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani mengenai Aceh dan pada zaman yang sama beliau mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaanTurki-Uthmaniyah minta bantuan melepaskan seluruh dunia Melayu dari semua penjajah bererti Sheikh Ahmad al-Fathani ada hubungan dengan semua perjuangan Islam di dunia Melayu termasuk Aceh.
Mengenai yang penulis tulis di atas di antaranya dapat dirujuk dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1, halaman 142-147.
Penutup
Pengenalan peradaban dunia Melayu ini tidak lengkap tanpa membicarakan para pelopor yang terlibat dalam ketamadunan Melayu sehingga melahirkan ramai generasi penerus hari ini.
Kesinambungan dari itu, perbicaraan ini dilanjutkan pada ruangan akan datang dengan memperkenalkan pelopor-pelopor Melayu Islam, yang meliputi dalam pelbagai aspek kepentingan dunia Melayu.
Referensi sumber diulas dari links :-
...........................................................
https://mindaahad.wordpress.com/2012/03/28/syeikh-ahmad-al-fatahani-apa-itu-melayu/

Senin, 28 Desember 2015

SEBUAH CACATAN KECIL UNTUK AKTIVIS HAM PATANI

Jujur aku bangga dengan dirimu yang masih berteriak lantang menentang amalan brutal aparat. Amalan yang dulu diajarkan dengan penindasan kini diamalkan dengan maksimum oleh kerajaan Thailand. Polis pukuli tahanan demontrasi, serdadu hajar warga tahanan dalam penjara tewas hingga pegawai pegawai tentera lecehkan hak rakyat. Sampai kita tak paham bagaimana kekerasan itu berwujud raksasa yang mengatasnamakan aparat penindasan.
Tiap kali ada kekerasan meletup dengan tikaman korban yang tak pernah tahu mengapa dirinya jadi sasaran. Lebih sukar lagi tuduhan atas kesalahan aparat kerajaan hanya Mahkamah keadilan usaha untuk melicinkan kesalahan displin. Lama-kelamaan, kita kehabisan argumentasi kerana lawan debat kita tak sejajar secara akal. Diam-diam kita berada di bilik sempit yang isinya orang gaduh yang punya maksud remeh yang membuang ingatan kita akan masa lalu.
Beruntung kita masih bertahan. Bertahan dengan cara pandang yang sama dari dulu. Mempertahankan hak-hak dasar sebagai warga negara. Hak untuk tidak diperlakukan secara keji, hak untuk menyatakan kebebasan berpendapat, hak untuk memperoleh keadilan sekaligus hak untuk mendapatkan perlindungan dari perbuatan sewenang-wenang. Sebahagian hak itu jadi buah retorika jika ada latihan hak asasi manusia, sedang yang lain jadi landasan untuk sebuah tuntutan.
Tiap kali kita ulang argumentasi itu maka negara dengan canggih memberi tanggapan yang bersimpati. Tak hanya itu, negara belahan dunia membuat kementerian yang menyenaraikan kata HAM. Gegap gempita soal hak asasi manusia itulah yang membikin banyak organisasi masyarakat, aktivis, NGO yang sendiri menubuhkan Pusat Pengajian HAM. Sebahagian mereka bergiat dalam bidang penyelidikan, latihan dan penerbitan hingga melahirkan buah pandangan yang berbeza-beza yang di namakan HAM Patani. Sifat itu yang membuat khazanah ilmu tentang HAM melaju dengan topik-topik yang kian menawan: kebebasan, kesaksamaan dan keadilan.
Saat ketika rakyat dibunuh, ketika para tahanan ikut membantai dalam penjara dan tatkala para Demontran ikut tewas di tembak. Pada keadaan sejarah seperti itu, di mana pelaku si aparat tentera pelanggaran adalah orang-orang berkuasa, maka gagasan penguatkuasaan HAM menemui jalan buntu. Sama halnya ketika operasi tentera kerajaa Thailand yang menggilas keadilan rakyat Patani, tampak sekali pelanggaran HAM tak boleh diterima pakai. Tentu kesulitannya bukan kerana 'tiadanya' pasal yang boleh dijerat, tapi para pelaku itu masih punya kekuatan dan pengaruh. Bahkan kekuatan itulah yang secara mahir mengamputasi pelbagai pelanggaran hak asasi manusia untuk tidak diadili.
Bayangkan betapa sukarnya mengadili pelaku peristiwa pelanggaran hak asasi manusia pada kes demontrasi Tak Bai. Begitu pula pada kes seperti Tanjung Lima, Peristiwa Air Payea, 4 Kanak Bluka Samok dan kes lain-lain di daerah provinsi Selatan yang menewaskan beberap orang warga yang beretnis Melayu.
Kadang para pegawai undang-undang berdalih bahawa mengikut undang-undang syarat untuk dinyatakan sebagai pelanggaran HAM berat diantaranya adalah 'unsur sistematik'. Sebuah unsur yang meletakkan perbuatan pelanggaran HAM seperti darurat tentera di kawasan Selatan di mana ada surat perintah, ada yang memerintahkan lalu ada yang sudah diletakkan sebagai sasaran.
Ironinya, ketika pendakwa berkata kalau fail perkara pelanggaran hak asasi manusia pada tragedi Tragei Tak Bai dan kes keganasan lain belum memenuhi syarat untuk diajukan ke pengadilan.
Tapi kita boleh sedikit optimis. Munculnya aktivis, NGO, Penegak HAM boleh jadi sebuah taktik mahir untuk menembusi ruang itu. Mendorong proses mahkamah rakyat yang menghadirkan para hakim dari luar dengan sokongan International. Melalui mahkamah itu kita boleh memahami kekejaman yang berlaku serta bagaimana sokongan dari banyak diluar negara.
Sudah tiba masanya kita untuk setia bukan pada nilai normatif HAM, tapi pada 'peristiwa pelanggaran hak asasi manusia'. Tiap peristiwa itu melahirkan jejak pelaku. Tiap pelaku pasti punya hubungan, rangkaian dan perisai untuk melindungi dirinya. Setia pada peristiwa juga bermakna pembiakan hak-hak korban serta perlindungan penuh terhadap korban.
Kesetiaan pada peristiwa telah meneguhkan ingatan atas apa yang terjadi di tiap wilayah dengan sebab yang selalu sama. Tiap peristiwa itu selalu melahirkan keyakinan kita bahawa tiap usaha untuk meneguhkan hak selalu berhadapan dengan kepentingan status quo.
Jalan itu panjang kerana tiap tunas untuk hadirkan peristiwa akan berhadapan dengan komplot penyuka kekerasan. Tak boleh lagi menghadapi mereka dengan cara lama: menuntut polis kerajaan untuk melindungi, meminta aparat tentera kerajaan Thai agar mereka ditangkap atau mengajak orang ramai untuk mengecam. Jalan itu buntu kerana banyak kes keganasan di mana kebanyakan aparat 'diam' dan 'membiarkan'. Bahkan, lebih banyak lagi peristiwa di mana pegawai-pegawai terlibat sebagai pelakunya.
Perlu bagi aktivis hak asasi manusia untuk menghidupkan peristiwa dengan bersikap, bertindak dan bahkan melawan tiap usaha kehakiman hak. Bukan hanya harapan tapi juga pertaruhan antara mereka yang berusaha melawan lupa dan mereka yang mengekalkan ingatan.
Itu sebabnya jalan ini kecemasan. Sebab pasukan (kerajaan) pemadam ingatan itu menggunakan cara apapun-media propaganda. Memanfaatkan sentimen kebangsaan-Istana untuk ikut-ikutan mengutuk. Seolah upaya mengingat peristiwa masa lalu (Tak Bai, Air Mayea dll) merupakan perbuatan dosa. Juga pasukan tentera kerajaan digerakkan untuk menghidup-hidupkan lagi hantu ancaman.
Perdana Menteri dari rampasan kuasa sekarang ini pernah berkata waspadai separatisme (pejuang pembebasan Patani) - hingga keganasan terus-menerus dihasilkan oleh kaki tangan aparat kerajaan sendiri.
Tapi kita semua tahu bahawa benteng itu sebenarnya rapuh: didirikan di atas landasan kejahilan, kejahatan, ketidak adilan dan dipercayai dengan kebodohan. Maka untuk merubuhkannya hanya butuh taktik dan keberanian. Taktik untuk menghimpun sebanyak-banyaknya korban dengan keyakinan kalau pelaku pelanggaran hak asasi manusia itu boleh diadili. Sekaligus keberanian yang berlipat-lipat bahawa tiap usaha meruntuhkan ingatan kita lawan dengan cara apapun. Melawan dengan setia untuk sentiasa membuat peristiwa dan melawan dengan menganjurkan semua kekuatan apa saja yang boleh mencipta peristiwa.
Kini masanya kita semua menghidupkan peristiwa. Pada kes-kes hak asasi manusia terus kita kokohkan bangunan ingatan (kajadian kejahatan HAM) melalui cara apa saja. Meski untuk tindakan itu kita harus mengalami tekanan, ugutan dan ancaman. Selalu begitu, usaha penguatkuasaan HAM akan selalu berhadapan dengan kekuatan yang mau menumpasnya. Konfrontasi itu wajar berlaku dan tak perlu dielakkan. Tiap konfrontasi akan menebalkan garis batas yang lugas antara siapa 'pelaku' kejahatan HAM dan siapa 'mangsa'. Maka usaha menghidupkan nilai-nilai hak asasi manusia bukan dengan menebalkan keyakinan atas nilai-nilainya: melalui latihan berulang-ulang, melalui kajian yang penuh hafalan atau kurikulum HAM yang ditampal sana-sini. Tapi saatnya pengetahuan HAM ketara peneguhan kedudukan untuk terus berada di sisi mangsa. Pengetahuan itu bukan satu set peraturan melainkan landasan untuk mengheret para durjana.
Kerana di sana sedang menunggu barisan peristiwa yang memerlukan tangan-tangan kita untuk terlibat. Sudah tiba masanya kita menamatkan komplot yang terus berusaha meremehkan usaha menghapuskan ingatan apalagi memelihara ancaman. Sebab jika itu tidak kita lakukan sekarang, maka kita akan membunuh akal sihat dan keyakinan kita pada nilai-nilai KEMANUSIAAN pada anak bangsa kita sendiri.



Referensi sumber diulas dari links:-

...........................................................

SERUAN SUARA RAKYAT UNTUK PERDAMAIAN PATANI

Oleh; Muhammad Usman al-Fathoni
Sejak munculnya kerusuhan konflik bersenjata di Patani pada tahun 2004, yang terus berlangsung lama hingga sekarang ini. Untuk keselamatan penduduk di Patani tidak siapa atau kelompok-kelompok mana bahkan pemerintah negara Thailand sendiri tidak pun bisa menjaminkan keamanan dan perlindungan bagi mereka. Semakin hari semakin menambah tidak menenangkan penduduk setempat dan telah membuat orang-orang di dalam masyarakat timbul rasa takut-takutan kerendahan yang menghina dan serbuan peluru semacam hujanan seakan-akan tidak mengenal arah dan penduduk sendiri yang menanggung penderitaan. Dengan karena pembunuhan terjadinya di Patani yang tidak kenal prikemanusiaan. Perlindungan hak anak kecil dan wanita (protection of the rigts of children and woman) juga tidak memberikan perhatiannya oleh pemerintah, angka anak yatim dan janda kehilangan suami semakin meningkat, jelas yang seharusnya pemerintah untuk memenuhi layanan sebagai mana yang disebutkan kewarganegaraan.
Jika telah mengetahui mengenalkan sejarah yang telah membahasnya cukup panjang tentang sebuah negeri Patani di masa silam. Tetapi semenjak negeri Patani jatuh ditakluk oleh kerajaan Siam Thailand (1785 M), orang-orang generasi baru diasingkan mengenalnya sejarah tentang bumiputra sendiri, yang mana para pendahulu telah Berjaya. Justru itulah, karena pihak kerajaan (pemerintah Thailand) menutupi sejarah agar generasi-generasi baru tidak dan diberikan mengenalnya sejarah, yang bisa hanya mengenal Pattani adalah satu-satunya wilayah di Thailand Selatan. Nah, jika berbicara bahwa Patani adalah merupakan sebagian dari tanah Melayu (Nusantara) yang salah satunya dahulu sebuah kerajaan Melayu Islam di Asia semenanjung pemerintah kesultanan Patani Darussalam (1500-1785 M), singkatan dari sejarah masa dahulu ketika dibawah kekuasaan pemerintah kesultanan Raja Patani, kehidupan rakyat jelata dijaminkan kekuasaannya yang berkeadilan, kemakmuran, dan kesejahteraan secara menyeluruh.
Namun itu, sekarang Patani lebih dikenalkan dunia adalah sebuah wilayah Pat(t)ani yang mana telah disematkan bahasa oleh imperialis Siam Thailand. Justru itulah merupakan sistem penjajahan untuk menghancurkan teritorial wilayah jajahannya agar menjadi satu-satunya nasionalisme Thai. Maka berlakulah pentadbiran wilayah baru dari sebuah negeri Patani awalnya dengan memecah belah menjadi wilayah jajahannya dan mentransmigrasi penduduk (Land reform) terjadinya hingga kini penduduk di Patani bercampur aduk orang-orang (Melayu Islam) dan orang-orang (Siam Budha), adanya mereka telah lupa tidak menyadari (identitas bangsa mereka sendiri) karena telah menelan pengaruh penjajah, apalagi paksaan pada masa pemerintah (PM. Phibun Songkhram 1939 M) yang sekarang mereka tidak bisa membedakan orang Islam dengan non-Islam (Budha Thai), tetapi ada sebagian yang masih bisa untuk membedakan mereka diantaranya karena kebudayaan adat istiadat penduduk masih mempertahankan ciri-ciri kehidupan masyarakat setempat. Untuk sekarang ini, dari sebuah negeri Melayu Patani kini hanya tinggal kenalan adalah beberapa wilayah (Thailand Selatan) saja yakni Pattani (Patani lama), Narathiwat (Menara), Yala (Jala), Satun (Setul) dan lima daerah (Sadau, Nathawi, Cenak, Sebayoi, dan Thepha) dari sebagian wilayah Songkhla (Senggora).
Berhubungan dengan dibawah kekuasan kolonial Siam Thailand, sekarang ini warga masyarakat di Patani telah ditukarkan suasana yang sangat menderita dan kecemasan penduduk karena isu konflik malah tambah lebih keras mengakibatkan terjadinya penderitaan mencapai beribu orang tewas dan pula banyak yang terpenjara (golongan para intelektual) hingga merespons terhadap pendidikan, sosial, ekonomi, dan budaya masyarakat telah merusak, lebih-lebih lagi kontribusi terhadap sikap pendidikan baik di sekolah swasta maupun perguruan tinggi pada tingkat universitas semakin menurun juga kurang berkembang berdampak bagi generasi penerus harapan cita-cita agama, bangsa, dan negara, penyebabnya kehilangan para intelektual untuk membimbing cita-cita masyarakat. Dan baru-baru ini, pemerintah menerapkan hukum darurat sepertinya penangkapan penduduk orang-orang di Patani yang tidak jelas masalah dan kesalahannya dan lain-lain lagi. Realitas tersebut membuat masyarakat takut untuk bersuara, yang seharusnya itu adalah hak-hak yang dimilikinya!
Sebagai aspirasi masyarakat Patani saat ini, mereka sudah tidak bisa lagi bertahan dalam suasana kerusuhan konflik yang sedang mengalaminya. Maka timbullah rasa kesadaran dari bagian kalangan rakyat jelata sendiri (semangat nasionalisme) agar bersama-sama bangkit untuk menentukan nasibnya sendiri yang tidak menggantungkan lagi harapan dan cita-cita pada pemerintah dalam masalah proses penyelesaian konflik tersebut. Jika kita bersama-sama dapat meneliti dari situasi dan masa telah sudah berkelamaan dari awal perencanaan pemerintah bahkan telah cukup besar pengeluaran dana untuk proses penyelesaian konflik di Patani. Nah, maka dengan seruan suara oleh penduduk masyarakat anak pribumi sendiri mereka menunjukkan hasrat cita-cita dan harapan dengan mengangkatkan label menulis kata-kata “PATANI MERDEKA” atau “KEMBALI HAK PERTUANAN BANGSA" mengikat seluruh di jalan raya, jembatan, dan di ranting pohonan sekalipun, tertampak nyata di seluruh kawasan daerah wilayah Thailand Selatan, Patani. Dan itulah, dianggap hasrat dari keinginan oleh rakyat sendiri sebagai pengiriman arus komunikasi kepada masyarakat dunia internasional yang cinta kedamaian dalam berupaya mendapatkan hak kekuasaan dan hak kemerdekaan bangsa Patani yang datang bersama-sama sesuai dengan proses perdamaian dunia saat ini. Jika ulasan lagi banyak berita telah mengakses di media massa dan seruan masyarakat maupun peranan dari kalangan mahasiswa pemuda untuk mendorong berkomunikasi kepada dunia internasional (PBB) yang harus mempertimbangkan rasa dan kehasratan dari rakyat untuk mewujudkan perdamaian di Patani dan disertai dengan perdamaian dunia.
Maka untuk solusinya, oleh Tuwaedaniya Tuwaemaengae dari (LEMPAR) Lembaga Patani Raya Untuk Kedamaian dan Pembangunan (Wawancara, 21/12/2015) berpendapat bahwa “Proses perdamaian Patani adalah dari sektor pemerintah, orang-orang Melayu masyarakat Patani, orang-orang Siam masyarakat Thailand harusnya menerima kenyataan dari akar penyebab terjadinya konflik dengan membuat pernyataan bertampak untuk umum yang harus menghormati dan mematuhi prinsip-prinsip hak asasi manusia, hak keadilan, dan demokrasi. Kami percaya bahwa jika semua tersebut yang telah diungkapkan dan dari pihak pemerintah maupun dari pergerakan pembebasan Patani itu sendiri, dan dari penduduk orang-orang Patani maupun orang-orang Thailand juga berlaku dan menjalankan. Maka proses penyelesaian konflik atau perwujudan perdamaian Patani mungkin akan tercapai cita-citanya. Dan hal ini pula tidak lagi dibicarakan oleh media massa mungkin fakta tidak efek sesuai kenyataan”.


Referensi sumber diulas dari links:-


...........................................................

Minggu, 27 Desember 2015

BIOGRAFI TUAN GURU HJ. ISMAIL BIN OMAR ( BABA EIL)


Kelahiran, Keluarga dan Pendidikan.
Nama asal beliau ialah Ismail bin Omar atau lebih dikenali sebagai Baba Eil Spanjang iaitu panggilan bagi seorang Tuan Guru. Dilahirkan di Kampung Dusun Spanjang Daerah Penarik, Patani kira-kira 20 km dari Bandar Patani. Merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga sebanyak 3 beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Dusun Spanjang. Kemudian menyambung pendidikan di pondok berdekatan rumahnya (200 meter) pada ketika usia 14 tahun. Beliau dihantar belajar agama oleh keluarganya dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Latif. Selain itu, beliau juga berguru dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu antaranya Tafser, Hadis, Feqah, Nahu dan lain-lain. Manakala tiba musim cuti semester Baba Eil pergi belajar di pondok lain pula bagi mengisi masa lapang.
Ketika umur beliau mencapai 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Qader Sekam (Baba Der) yang terkenal dengan ilmu tauhid untuk belajar di sana sehinggalah umur beliau 30 tahun. Ketika di sana beliau bukan setakat mengajar kepada pelajar tetapi mula menerima undangan mengajar masyarakat sekitar. Antara tempat yang beliau masih mengajar hingga ke hari ini ialah Masjid Yala (21 tahun) dan Masjid Patani (22 tahun).
Ketika umur beliau 29 tahun, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Sabariah Binti Tuan Guru Haji Abdul Aziz (Pengarang Kitab Misbahul Munir). Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 5 cahayamata ( 2 lelaki dan 3 perempuan ).Selepas itu ketika berumur 31 tahun, beliau telah pergi ke Mekah dan bermuqim di sana selama 7 bulan.
Pada tahun 1993, setelah kembali dari Mekah, barulah Baba Eil membuka pondok di Kampung Kubang Ikan Bandar, Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin. Dalam tempoh tersebut, beliau juga selalu berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi jemputan mengajar. Akhirnya pada tahun 1998, pondok beliau telah berpindah ke kampung beliau sendiri di Kampung Dusun Spanjang hinggalah ke hari ini. Rutin harian beliau dipenuhi dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk dalam dan luar negara seperti Kemboja, Malaysia dan Burma tanpa menerima bayaran.
Sehingga kini, terdapat lebih kurang 200 orang pelajar yang sedang menuntut di pondok beliau. Pengajian berlangsung sepanjang tahun melainkan pada waktu cuti iaitu 15 Sya’ban hingga 15 Syawal ( 2 bulan ), cuti Raya Haji ( seminggu ) dan bulan Rabiulawal ( 1 bulan ).

Selain itu, Baba Eil juga memberi khidmat masyarakat dengan mengajar pada setiap hari Sabtu di Masjid Patani dan setiap Ahad di Masjid Yala.. Kuliah Baba Eil sering disiarkan di radio tempatan. Selain mengajar, Baba Eil memenuhi masa lapang dengan mentelaah dan mengarang kitab.
Antara kitab karangan Baba Eil ialah “Mizan ad-Durari”, “Hikam Jawi”, “Mawaiz al-Iman”, dan karangan dalam bidang tafsir,hadis dan Qawaid. Selain itu,Baba Eil telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Persatuan Ulama Fathoni.



Referensi sumber diulas dari links:-

...........................................................