1) Perak
@ Haji Abdul Rahman
Peristiwa Dusun Nyior
(Narathiwat), Thailand,telah berlaku pada
26 April 1948 akibat tindakan polis Siam yang menyerang secara membabi
buta umat Islam seramai 60 /80 orang
yang sedang berkumpul di Surau Kampung Teka, Dusun Nyior atas tuduhan
ingin menggulingkan kerajaan.
Serangan polis Siam
tersebut menyebabkan ratusan umat Melayu Pattani bangun melawan polis Siam.
Seramai 400- 600 umat Melayu mati syahid dalam kebangkitan ini. Manakala 30 orang polis Siam terkorban.
Perlawanan/ Kebangkitan
ini menurut Mohd. Zamberi A.Malek diketuai oleh Tuk Perak atau Haji Abdul
Rahman yang berasal dari Perak. Kemungkinan besar dari daerah Hulu Perak,
Pengkalan Hulu@ Kroh, Gerik mahupun Kampung Belum yang tidak jauh dengan
Kampung Dusun Nyior.
2) Ahmad Boestamam
Dalam buku
"Dr.Burhanuddin Putera Setia Melayu Raya,", Ahmad Boestamam menulis
bahawa setelah pengharaman PKMM dan sayap pemudanya Angkatan Pemuda Insaf( API)
pada tahun 1948, dia bertemu dengan Mohd
Amin, anak Tuan Guru Haji Sulung di Taiping.
Setelah berbincang dan
bertukar pendapat, Ahmad Boestamam setuju untuk menghantar puluhan anggota API untuk berjuang di
Pattani.
Semua mereka akan
berkumpul di Padang Rengas pada mulanya, kemudian akan berangkat ke Gerik dan
akhirnya menunggu kedatangan utusan Pejuang Pattani di Kampung Lalang, Baling, Kedah.
Tapi setelah menunggu
seminggu di dalam hutan, utusan yang dijanjikan tidak kunjung tiba, akhirnya
semua mereka pulang dengan linangan air mata.
Angkatan mereka
terpaksa dibubarkan.
Sumber : revolusimelayubaru.blogspot.com,
19 Maret 2019.
0 komentar:
Posting Komentar