Kerajaan Singora atau 'Kota Singa' ini pernah menjadi
satu wilayah yang termashor sebagai pusat perdagangan sekitar 1600.
Pemerintah kerajaan dari keturunan Parsi ini bermula dengan
pedagang dan Ulama Parsi yang datang ke Singora. Dato Mogol telah sampai ke
sini dan membuka wilayah ini, dan memerintah wilayah Singora dengan restu
kerajaan Siam dibawah Raja Ayutthaya sekitar tahun 1600.
Bila Dato Mogol mangkat, dia diganti oleh anaknya Sultan
Sulaiman Shah pada 1620 dan memerintah Wilayah Singora sehingga Patalong dan
Chaiya.
Sultan Sulaiman telah memajukan pelabuhan Singora, dan
menjadikan pelabuhan bebas cukai bagi mereka yang membina gudang2 dan
perusahaan pinggir pelabuhan Singora.
Kemajuan ini menjadikan Kerajaan Patani dan Kerajaan Kedah
agak cemburu dengan Kerajaan Singgora, juga kerajaan Siam mula merasa satu
ancaman kepada mereka.
Bagi menjaga kedaulatan dan keamanan, Kesultanan Singora ini.
dibawah Sultan Sulaiman, Baginda telah memajukan ketenteraan dengan mencipta
senjata2 baru dan senjata lebih kuat dari ketenteraan kerajaan lain semasa itu.
Meriam Singora antara hasil buatan kerajaan ini.
Meriam laras panjang dengan cop mohor Kesultanan Singgora
serta syair tulisan Melayu jawi tentang perjuangan dipahat bertatah logam
Perak. Tulisan ini masih dalam keadaan baik untuk dibaca.
ya dha
l-awwali wa’l-ilm
ya dha l-haqqi wa’n-ni’am
ya dha l-jadli wa’l-kiram
ya dha l-ba’si wa’n-niqam
Hadrat Ahmad Arabi nasab
Akan Tuhan dhatnya amat ajaib
Dengan bahasa ia ‘ilmu dan adab
Maha ketika dengan bahasa Arab
Ya man ghafurun wa ghaffar
Ya man shakurun wa saffar
Wa ‘lishurna ma’a ‘l-abrar
Subhana Allah, Allhu Akbar
Bedil diperbuat adalah sudah
Menyucap syukur ke hadrat Allah
Jadikan tanda meninggalkan mannah
Akan membunuh kafir ‘alayhi ‘l-la’nah
Ingat-ingat engkau hai anak dagang
ke tanah juga kita akan pulang
tuntuti olehmu ghazi berperang
janji Tuhan ke jannat datang
Darus-salam jannat juga
jannat tempat rahmat juga
penuh dengan nikmat juga
duduk kekal dengan suka juga
Daulat tuanku sebagai datang
seperti sabak air yang pasang
di taufiqi ‘Llahi rabbi l’-alam
dan binuri ‘l-iman tatkalanya datang
Jahat bebal hamba latehan
berbuat meriam dihadirkan
akan kafir syirik zalim ke neraka jahanamakan dipandang sahabat meninggalkan zaman.
ya dha l-haqqi wa’n-ni’am
ya dha l-jadli wa’l-kiram
ya dha l-ba’si wa’n-niqam
Hadrat Ahmad Arabi nasab
Akan Tuhan dhatnya amat ajaib
Dengan bahasa ia ‘ilmu dan adab
Maha ketika dengan bahasa Arab
Ya man ghafurun wa ghaffar
Ya man shakurun wa saffar
Wa ‘lishurna ma’a ‘l-abrar
Subhana Allah, Allhu Akbar
Bedil diperbuat adalah sudah
Menyucap syukur ke hadrat Allah
Jadikan tanda meninggalkan mannah
Akan membunuh kafir ‘alayhi ‘l-la’nah
Ingat-ingat engkau hai anak dagang
ke tanah juga kita akan pulang
tuntuti olehmu ghazi berperang
janji Tuhan ke jannat datang
Darus-salam jannat juga
jannat tempat rahmat juga
penuh dengan nikmat juga
duduk kekal dengan suka juga
Daulat tuanku sebagai datang
seperti sabak air yang pasang
di taufiqi ‘Llahi rabbi l’-alam
dan binuri ‘l-iman tatkalanya datang
Jahat bebal hamba latehan
berbuat meriam dihadirkan
akan kafir syirik zalim ke neraka jahanamakan dipandang sahabat meninggalkan zaman.
Satu dari meriam2 ini masih ada lagi di Royal Chelsea
Hospital di London.
Kerajaan Singora yang maju ekonomi dan mempunyai hubungan
diplomatik yang baik dengan negara2 jiran, serta Negara China dan Eropah ini,
telah berjaya menarik ramai pedangan seluruh dunia, termasuk negara2 Eropah
berdagang di Singora.
Wakil Belanda yang ada disana telah mengkhianati Kesultanan
Singora dengan mengapi2 kemajuan ekonomi dan ketenteraan ini kepada kerajaan
Siam, sehingga kerajaan Siam 3 kali menyerang Singora, namun gagal sebab
ketenteraan Singora memiliki strategi pertahanan serta senjata meriam dan
senapang yang berkuasa tinggi pada masa itu.
Akhirnya dengan tipu helah dan pengkhianatan Belanda dan
Portugis serta strategi British bekerjasama dengan Siam ketika itu. Jeremias
Van Vliet antara nama yang menjalankan jarum peperangan. Pada 1680 Raja
Ayutthaya telah menghantar armada laut yang besar, dan Singgora di serang dari
berbagai sudut selama 6 bulan sehingga diberitakan, 8 kubu strategik
ketenteraan Singgora dimusnahkan dan Raja Sulaiman sendiri terkorban dan
kesultanan Singora disambung oleh anak Sultan Sulaiman, Sultan Mustapa. sebelum
kesultanan Singora di hancurkan.
Makam Sultan Sulaiman masih ada di Khao Daeng.
Diberitakan, untuk mengalahkan kerajaan Singora dalam perang
30 tahun ini, seorang pakar meriam Perancis bernama Cyprian telah menyusup
masuk kedalam tentera Sultan Mustapa, dan tipu muslihat ini telah berjaya
menangkap Sulatan Mustapa hidup2 dan diserahkan kepada Siam.
Kini nama Singora ditukar kepada Songkla dan nama Pantai
Bismilah semasa kerajaan Sultan Sulaiman telah ditukar kepada Samila Beach.
Kini 2019, Pelabuhan Singora sekali lagi dimajukan oleh
Kerajaan Thailand moden, dan pelabuhan ini telah mampu mencabar Pelabuhan Pulau
Pinang, dari segi pelanggan dan kecekapan. Sekiranya tidak ada sebarang usaha
memoden dan meningkatkan keupayaan Pulau Pinang, ianya akan mengundang bahaya
ekonomi kepada Malaysia.
Sumber : Sembang Kerja, 01 Maret 2019.
0 komentar:
Posting Komentar