NARATHIWAT – Meningat
kembali peristiwa penembakan keatas seorang Tuan Guru Haji Abdulwahab
Shahabuddin, menyebabkan mangsa maut, kejadian ini berlaku di kawasan lalu
lintas jalan raya Banggol Nat Tempat 5 Muqim Marbo’tok Daerah Ratget Wilayah
Narathiwat, pada (01/04/2011), pukul 13:23 pm.
Laporan dari masyarakat
tempatan mengatakan, pada hari Jumaat tanggal 27 Rabiul akhir 1432h, bersamaan
1 April 2011m, merupakan satu hari yang bersejarah pahit bagi keluarga Ma'had
Mesbah El-Ulum, pada hari inilah kita telah kehilangan seorang tokoh yang
menjadi pengasas, pembangun dan pemaju yang berjasa kepada Ma'had Mesbah
El-Ulum. Beliau telah banyak menaburkan jasanya kepada masyarakat, dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak bangsanya.
Almarhum adalah seorang
tokoh ilmuan dan ulama yang sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada muridnya,
demi melahirkan insan kamil dan manusia yang mencintai ilmu pengetahuan dan
diredhai oleh Allah SWT. Almarhum Tuan Guru Haji Abdulwahab Shahabuddin telah
menghembus nafas terakhirnya dan kembali ke rohmatullah di Hospital Ranget,
Tanjung Mas (Ra'nget), pada jam 14.15 di hari Jumaat yang mulia
"Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun".
Pemergian almarhum
adalah akibat daripada suspek yang menggunakan senjata berat, yang melepaskan
beberapa das tembakan ke arah kenderaan yang dipandu oleh almarhum.
Sebaik saja almarhum
selesai menunaikan fardu Jum'at di Masjid Banggolranab (Banggolraneng), dan
didalam perjalanan dari masjid untuk pulang ke rumahnya di Ma'had Mesbah
El-Ulum, Kampung Kubangbadak, Tempat 7, Mukim Marbol Tjatoh, Daerah Ra'nget
(Rakeng), Wilayah Narathiwat.
Jenazah almarhum Tuan
Guru Haji Abdulwahab bin Shahabuddin telah disolat jenazah di Masjid Ma'had
Mesbah El-Ulum, tepat pada jam 21.00, di mana telah dihadiri oleh warga negara
kurang lebih 2,000 orang. Yang terdiri daripada saudara mara, penduduk-penduduk
setempat, masyarakat sekitar, para pelajar, rakan taulan dari jauh dan dekat
bagi mengiringi jenazah almarhum kembali menemui Illahi, serta mengucapkan
takziah diatas kehilangan almarhum sebagai kali terakhir. Jenazah almarhum Tuan
Guru Haji Abdulwahab Shahabuddin telah disemadikan dan dikebumikan di tanah
Perkuboran Banggol Renab (depan Masjid Banggolraneng).
Pemergian almarhum
adalah satu lagi kehilangan yang sukar dicari ganti, kerana sewaktu hayatnya,
selain dari penglibatan almarhum didalam membangun ilmu agama Islam kepada
masyarakat, almarhum juga merupakan seorang tokoh yang bergiat cergas didalam
mempertahankan dan memperkukuhkan kewujudan bahasa Melayu di bumi Patani
tercinta ini.
Semoga Allah SWT.
sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh almarhum dan ditempatkannya sebarisan
dengan para mujahid yang telah mengorbankan dirinya didalam menyebarkan risalah
Ilahi di dunia, آمين
"Pulau Pandan jauh
ke tengah,
Gunung Daik bercabang
tiga.
Hancur badan di kandung
tanah,
Budi baik dikenang
selama-lamanya".
0 komentar:
Posting Komentar