Minggu, 17 Januari 2016

NILAI AUTONOMI PADA NEGERI-NEGERI UTARA SEMENANJUNG YAITU :- PATANI, YALA, NARATHIWAT DAN SONGKLA BUMI MELAYU DAN TANAH-TANAH MELAYU ISLAM PASCA KESULTANAN MALACCA YANG TELAH DISERAH BRITISH KEPADA THAI TAHUN (1909).

AMPERA PATANI - Kita pasti belum lupa kepada tragedi Masjid Kerisik, Pattani, di selatan Thailand. Lebih enam tahun lalu, atau lebih tepat lagi pada pagi 28 April 2004 berlaku peristiwa pembunuhan kejam beramai-ramai di masjid tinggalan kerajaan Melayu Patani di zaman kegemilangannya dulu itu, oleh tentera Thai. Seramai 34 orang anak muda yang berumur dari 16 hingga 34 tahun telah terbunuh/dibunuh tanpa senjata oleh tentera Thai dengan perintah daripada Jeneral Panlop Pinmanee.
Walaupun Jeneral Chaovalit memerintahkan supaya tentera hanya mengepung dan berunding dengan pemuda-pemuda tersebut, tetapi mereka engkar dan dengan kejam sekali membunuh anak-anak muda itu menggunakan berbagai jenis senjata termasuk senjata berat dan helikopter. Dikatakan juga ada mangsa yang hilang atau dilayan dengan kejam dalam tragedi itu.
Tragedi Masjid Kerisik dianggap kemuncak kepada pemberontakan masyarakat Islam terhadap pemerintahan kerajaan Buddha Thai. Ia juga menandakan bersemarak semula kebangkitan perjuangan pembebasan rakyat Islam selatan Thai yang telah berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan sejak puluhan tahun lalu. Sehingga kini, dianggarkan sudah lebih 4,000 nyawa terkorban dalam perjuangan itu.
Justeru, apakah solusi yang perlu dilakukan untuk menghapuskan pertumpahan darah dan ketegangan ini? Adakah melalui undang-undang baru yang akan didiluluskan oleh parlimen Thailand tidak lama lagi? Atau melalui kuasa autonomi yang diimpikan oleh penduduk wilayah berkenaan?
Kerajaan Thai memilih undang-undang baru kerana menurut Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva baru-baru ini, melalui undang-undang baru tersebut, kerajaan akan mendapat input terus daripada penduduk tempatan wilayah Selatan itu. Untuk itu, kerajaan Thai telah mengadakan perbincangan dan dialog dengan masyarakat tempatan serta pemimpin di wilayah berkenaan mengenai apa yang mereka inginkan. Melalui input itu, program pembangunan ekonomi, keharmonian sosial dan kestabilan politik dapat dilakukan.
Persoalannya, adakah kerajaan Thai jujur? Atau adakah undang-undang baru itu nanti hanya bertujuan untuk terus menekan, memaksa, menindas dan mengasari masyarakat Islam di Pattani, Narathiwat dan Yala? Tindakan kerajaan Thai ini boleh dianggap agak aneh dan merisaukan kerana sudah diketahui umum, apa yang diimpikan oleh masyarakat Islam selatan Thai ialah kuasa autonomi. Mereka tidak mahu lain, kecuali autonomi.
Perjuangan untuk mendapatkan kuasa autonomi, bagi membolehkan masyarakat Islam ini dapat mengamalkan ajaran Islam tanpa rasa bimbang, mengembangkan ekonomi, politik dan sosial mengikut acuan Melayu Islam, sudah berlarutan sejak runtuhnyna kesultanan Melayu Pattani pada 1909. Mustahil kerajaan Thai tidak mendapat input ini semasa menemubual pemimpin-pemimpin agama, politik dan sosial masyarakat Islam Selatan Thai itu.
Kita mengharapkan keamanan di wilayah berkenaan dan kita juga mengharapkan agar kerajaan Thai benar-benar jujur dalam tindakannya.
Sebenarnya, masyarakat Islam selatan Thai sudah cukup menderita.
Peminggiran dan penindasan terhadap masyarakat Melayu Islam di Selatan Thai telah mewujudkan perjuangan gerila. Dari sini, lahir pula kumpulan-kumpulan pembebasan seperti Barisan Revolusi Nasional (BRN) di Pattani dan Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (PULO).
Tetapi perjuangan mereka untuk mengembalikan semula maruah bangsa Melayu dan Islam, telah dibalas oleh kerajaan Thai dengan tindakan yang lebih ganas dan menindas. Akhirnya, semua ini menjadi dendam antara kedua-dua pihak, lalu berpanjanganlah siri pembunuhan, pemberontakan dan penzaliman antara kedua-dua pihak, serta masyarakat Buddha sekitar yang dilihat mengambil peluang ini untuk menyerang masyarakat Islam.
Kini, jika anda ke selatan Thai, anda akan dapat melihat betapa tertekannya masyarakat Melayu di sana.
Sebagai contoh, bagi mengekang kebangkitan masyarakat Islam, kerajaan Thai menghantar 60,000 tentera ke sana. Tujuannya untuk memastikan keamanan. Tetapi, tindakan ini hanya menyebabkan masyarakat Islam di selatan Thai itu bertambah marah kerana kebebasan serta privasi mereka diganggu. Mereka berasa tidak bebas, diperhatikan dan dicurigai. Malah dalam banyak kes telah berlaku pembunuhan, provokasi dan serangan kejam, sebahagiannya didakwa didalangi oleh anggota keselamatan tersebut.
Kes-kes penculikan, penahanan tanpa sebab dan `gunting dalam lipatan’ juga dikaitkan dengan kehadiran pasukan keselamatan Thai ini.
Tanyalah kepada penduduk-penduduk di wilayah tersebut, mereka akan memberitahu, apabila anggota-anggota keselamatan ini berada di segenap ceruk, membuat sekatan di merata-rata tempat kononnya bagi tujuan mencegah pengganas Islam, ia hanya membuatkan masyarakat takut untuk menjalankan aktyiviti sosial. Akibatnya, kegiatan ekonomi terbantut. Pelancong-pelancong dari luar, khususnya dari Malaysia berasa takut untuk ke wilayah berkenaan. Kesan daripada itu, ramai peniaga Melayu Islam di wilayah tersebut yang mengalami kerugian.
Kehadiran ramainya anggota keselamatan itu juga menyebabkan masyarakat Islam di sana bimbang untuk mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan, misalnya tahlil, pada waktu malam. Mereka bimbang akan menjadi mangsa penculikan, serangan dan pembunuhan yang didakwa turut dilakukan juga oleh segelintir anggota keselamatan tersebut.
Akibatnya, masjid-masjid menjadi lengang. Ia hanya dikunjungi pada untuk solat berjemaah sahaja. Selepas berjemaah, masjid dikunci. Solat Isyak dan Subuh, sekali lagi masjid lengang kerana pada waktu itulah sering kali berlaku serangan dan pembunuhan.
Mereka juga kesal kerana institusi pendidikan agama juga tidak diberikan perhatian langsung oleh kerajaan Thai. Tiada bantuan untuk pembangunan infrastruktur diberikan. Dana bagi membiayai guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah agama juga tiada.
Apa yang berlaku selama ini ialah penduduk berusaha sendiri mencari sumber pendapatan untuk membina sekolah, membayar gaji guru dan membiayai segala keperluan mereka. Sudahlah begitu, sukatan pelajaran yang digunakan tidak diiktiraf oleh kerajaan Thai.
Penguatkuasaan bahasa rasmi dan penolakan selain bahasa dalam semua sektor telah mendatangkan masalah kepada masyarakat Melayu di selatan Thai ini. Ia menyebabkan bahasa, budaya dan identiti Melayu terhakis.
Selain itu, masyarakat tersebut juga melihat wujudnya gerakan `peghapusan etnik’ atau `penghalauan etnik’ yang dilakukan secara senyap-senyap dan terancang. Contoh mudah, melalui tekanan, serangan, provokasi dan pembunuhan-pembunuhan itu, ramai masyarakat Islam di Selatan Thai yang terpaksa lari dan berhijrah ke Malaysia. Paling ramai adalah generasi muda.
Selain itu, institusi-institusi agama lain, khususnya Buddha juga dipergiatkan di wilayah berkenaan, hingga menimbulkan rasa marah dan kurang selesa masyarakat Islam. Contoh paling ketara ialah bagaimana sebuah kuil Buddha dibangunkan berhampiran Masjid Kerisik tadi.
Semua ini dilihat sebagai usaha untuk mengikis identiti bangsa dan budaya masyarakat Melayu Islam di selatan Thai dan seterusnya menghalau mereka keluar dari wilayah itu.
Tindakan kerajaan Thai itu juga didakwa menyebabkan kemiskinan semakin berleluasa dan berpanjangan di wilayah berkenaan. Laporan badan-badan antarabangsa seperti Kumpulan Krisis Antarabangsa (IGC) sendiri menunjukkan wilayah tersebut serta masyarakat Melayunya adalah yang paling ramai berada di bawah paras kemiskinan berbanding penduduk di 71 wilayah lain.
Justeru itulah, apabila Abhisit memberitahu kerajaannya akan meluluskan undang-undang baru bagi mewujudkan keamanan di Selatan Thai, semua pihak berharap ianya dibuat dengan hati yang jujur. Maksudnya, ia dibuat bukan untuk meningkatkan kembali popularitinya yang kian merudum kerana teruk dimalukan oleh penyokong Baju Merah Pro-Thaksin Shinawatra, bekas Perdana Menteri Thai.
Semua pihak juga berharap, ia bukan lakonan palsu seperti yang pernah dilakukan oleh Thaksin dulu. Tentu ramai yang masih ingat, apabila sampai musim pilihanraya, Thaksin akan berkunjung ke wilayah itu dengan muka manis, berjanji yang indah-indah dan esoknya, media Thai menyiarkan gambarnya sedang disambut dengan wajah cerita pendudu Melayu Islam selatan Thai.
Tetapi apa yang berlaku selepas itu – selepas Thaksin memenangi pilihanraya? Penindasan, keganasan dan pembunuhan terhadap masyarakat Islam Selatan Thai terus berlaku tanpa hentinya, termasuk oleh pemerintah-pemerintah selepas Thaksin. Pembunuhan di Masjid Kerisik adalah contoh paling klasik.
Oleh kerana itulah, masyarakat Islam di Selatan Thai sukar untuk mempercayai lagi janji-janji manis kerajaan mereka. Apa yang mereka hanyalah satu, iaitu kuasa autonomi. Undang-undang baru yang diumumkan oleh Abhisit serta program-perogram pembangunan ekonomi yang telah dilakukannya seperti penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Zon Khas Lima Sempadan Wilayah Selatan, Pelan Pembanguan Empat Tahun (2009-2012) untuk lima wilayah di selatan dengan peruntukan 68.7 bilion baht (RM200 juta) bagi membantu dan meningkatkan sektor pelancongan, perikanan, hasil getah, pengeluaran minyak sawit dan industri makanan halal – bagi mereka belum mencukupi, dan tidak memenuhi impian.
Sebenarya, konflik Selatan Thai masih jauh daripada titik penamatnya. Justeru tidak kiralah apa sahaja cadangan solusinya, sama ada kuasa autonomi atau undang-undang baru, kita sama-samalah berdoa agar kedua-dua pihak mengambilnya dengan positif dan masyarakat Melayu Islam di sana dapat mengecapi keamanan serta kemakmuran.
Dalam masa yang sama, kita di Malaysia ini ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku kepada saudara-mara kita di selatan Thai itu. Begitulah natijahnya apabila kita kehilangan kuasa dan menjadi minoriti. Bangsa dan agama menjadi galang gantinya.
Tidak gentarkah kita dengan serangan-serangan yang dilakukan dewasa ini oleh sesetengah pihak terhadap kedudukan istimewa bangsa Melayu dan agama Islam

Referensi sumber diulas dari links:-
.........................................................
https://www.facebook.com/ciw13/posts/935662246484352?comment_id=1047847095265866&notif_t=comment_mention

1 komentar:

  1. Agen Judi Sabung ayam Terpopuler di Indonesia yang sudah berdiri Lama ! Aman dan terpercaya !

    Sudah Menyediakan Deposit Menggunakan OVO, Kemudahan bertransaksi & Aman !

    situs judi online ini juga menyediakan berbagai jenis permainan lainnya seperti :
    - Casino Live
    - Sportsbook
    - Togel Online
    - Tembak ikan
    - Slot
    - Dan Masih Banyak Lainnya

    Informasi selengkapnya hubungi :
    WA :0 8 1 2 2 2 2 2 9 9 5
    BBM : B O L A V I T A
    WA : +62812-2222-995

    BalasHapus