Masjid Kerisik atau Masjid Sultan Muzaffar Shah, masjid
Kerisik dalam bahasa Thailand dikenali Krue Se Mosque atau Pitu Krue-ban
Mosque, terletak di Wilayah Patani.
Kerisik
adalah perkataan Melayu yang bererti pasir di kawasan pantai yang berwarna
putih bagaikan mutiara. Pada zaman dahulu, apabila orang-orang Arab berlayar
sampai ke pantai ini, mereka menamakan kawasan ini “lu lu” atau “mutiara” dalam
bahasa Melayu. Perkataan ini kemudiannya menjadi nama kepada sebuah kampung,
pada masa ini dikenali dengan panggilan “Tanjung Luluk” yang terletak di
Wilayah Patani.
Nama
resmi Masjid Kerisik adalah “Masjid Sultan Muzaffar Shah”. masjid ini merupakan
yang pertama di Asia Tenggara dibina dengan menggunakan bata merah buatan
kampung Tarab Bata, sekarang di kawasan Gamia Daerah Muang Wilayah Patani.
Binaanya
mengikut senibina Timur Tengah. Cara penyusunan batanya dilakukan dengan
menggunakan campuran kulit kerang dengan beras pulut hitam yang ditumbuk lumat
kemudiannya dicampurkan bahan tersebut dengan adonan telur putih dengan manisan
cair. Cara ini merupakan salah satu kebijaksanaan Melayu temptan pada masa itu.
Masjid
ini dibangunkan pada zaman Sultan Muzaffar Shah pada tahun 2057 B.E / 1514 A.D
(Anan Watananikorn 2531 : 64) mengikut saranan Syeikh Shafiyuddin Al-Abbas
(ulama Fiqih yang digelar Dato’ Faqih Diraja). Setelah selesai pembinaannya,
Masjid Kerisik ini dianggap sebagai Masjid Rasmi Kerajaan Melayu Patani Darussalam.
Selain daripada berperanan sebagai tempat ibadah, di sini juga dijadikan pusat
hal ehwal agama Islam dan juga sumber pengajian berbagai-bagai bidang ilmu
berkaitan Islam.
Kesan
keruntuhan yang jelas kelihatan pada bagian kubahnya itu akibat daripada peperangan
yang berlaku di antara Patani dan Siam/Thailand pada Julai – November 1786
(Zamabai A Melik : 1993 : 96). Meskipun masa telah berlalu selama 5 abad,
Masjid Kerisik masih tegak bertahan sebagai tempat yang sangat bernilai dari
sudut sejarah, kesenian dan seni bina sejak dahulu sampailah sekarang.
Pada
28 April 2019, sudah 15 tahun tragedi Majid Kerisik (Kruse Mosque) berlalu dan
yang pasti kenangan pahit ini tidak akan hilang di hati rakyat Patani. Mereka
kehilangan saudara-mara dengan sekelip mata sahaja dan ada juga yang cacat
kekal, sehingga sekarang menurut masyarakat setempat, pembunuhnya tidak dapat
dikesan oleh pihak berkuasa sehingga sekarang.
Masjid
Kerisik merupakan sebuah masjid di Wilayah Patani yang menjadi tumpuan
masyarakat setempat untuk beribadat. Peristiwa berdarah yang berlaku pada (28
April 2004) sewaktu masyarakat selesai menunaikan solat fardhu, dengan
tiba-tiba di kepung oleh tentera Siam/Thailand, jemaah masjid tidak dibenarkan
keluar dalam tempoh masa yang lama sehingga tembakan bermula yang bukan hanya
dari tentera malah juga bom dari helikopter Apache yang dijatuhkan kedalam
kubah masjid.
Dapat
dibayangkan situasi pada masa itu, rakyat yang tidak berdosa dibunuh sebegitu
rupa yang cukup menggambarkan kekejaman pihak tentera dan kerajaan Thailand
pada masa itu sehingga mengorbankan sejumlah 108 nyawa anak muda dan orang tua
yang tidak berdosa. Bukan hanya membunuh, malah penduduk diugut oleh ketua
tentera dengan menggunakan speaker masjid agar memberitahu bahawa
yang melakukan ini adalah kelompok pemisah jika ditanya dari luar.
Editor : Media Informasi News (MIN).
Allhuakbar...kejahatan Siam tidak Akan pernah berhenti.
BalasHapus