Minggu, 07 Februari 2016

SEJARAH ASAL USUL SEKOLAH MELAYU DI PATANI

AMPERA PATANI - Ada bukti mengatakan bahawa sekolah Melayu (TADIKA: Taman Didikan Kanak-Kanak) telah diakui oleh Kementerian Dalam Negeri Thailand, Pada tanggal 27 October 1949 (2492 B). Ini bererti sekolah Melayu telah wujud sebelum tarikh itu lagi.
Asal Sekolah Melayu dan TADIKA
Pada asal sekolah Melayu adalah di ibaratkan sebagai pusat pengajian Al-Quran dan Bahasa Melayu di rumah-rumah Tuan Guru yang mengajar Al-Quran waktu sepas sholat Maghrib, kemudian mengajar mata pelajaran Tajuwid dan Bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi (Arab-Melayu). Disebabkan pada satu masa dulu, kerajaan Siam memaksakan anak-anak Melayu Patani bersekolah dalam system persekolahan Siam (Sekolah Dasar Kebangsaan Thai), ia menggunakan bahasa Thai sebagai pengantar serta mengharamkan bercakap Malayu dalam sekolah Siam. Maka peluang untuk anak Melayu belajar agama dan Melayu sangat sedikit.
Berasas kesedaran, dan rasa tanggungjawab , bimbang kehilangan marwah bangsa sendiri, serta semangat cinta kepada Agama dan Bangsa sangat tinggi, maka lahirlah rasa ingin mengaja dari kalangan para keahlian di tempatan dan para alim ulama semasa, mereka mengajar mengaji Al-Quran di rumah mereka sendiri dan mengajar bacaan Melayu bertulisan Jawi sebagai tambahan belajar selepas sholat Isya hingga ke malam.
Mengikut cerita orang tua-tua dulu, pada masa itu pihak pegawai kerajaan mengcuriga belajar Melayu, baik di rumah maupun Surau, Balai Sah (Sholat) dan Masjid. Sekolah Melayu adalah sebagai sasaran dalam curigaan itu, hingga setengah orang Melayu tidak berani menyebut perkataan Melayu didepan khalayah ramai dan sekolah Melayu tidak boleh diadakan secara terbuka. Dengan itu mereka hanya mengajar Al-Quran dan pelajaran Tajuwid sahaja, dan mereka mengajar bahasa Melayu di Taman Didikan Kanak-Kanak yang mereka sengaja tubuhkan sebagai tempat mengasuh anak-anak kecil, mereka singkatkan perkataan Taman Didikan Kanak-Kanak kepada TADIKA sejajar dengan apa yang ada di Malaysia dan Indonesia. Perkataan sekolah TADIKA digunakan pada sekitar tahun 1950-an (2493) hingga ke hari ini.
Pada awalnya di sekolah Melayu (TADIKA) mereka hanya mengajar baca Al-Quran dan bacaan dan tulisan Melayu dengan menggunakan huruf Jawi sebagai asas, tulisan Rumi sebagai pengajian BAHASA.
Guru yang mengajar biasanya pandai dalam semua ilmu yang diajar, seperti Al-Quran, Tajuwid, dan pandai dalam bahasa Melayu dengan dua tulisan. Guru itulah yang menjadi Imam Sholat (sembahyang) di kampung dan juga Imam Sholat di masjid, dan mengepalai baca doa tahlilan, arwah, kesyukuran, dan lain-lain yang bersangkutan dengan kegiatan agama dan masyarakat. Mereka ini digelar dengan berbagai gelaran mengikut panggilan tempatan dan kawasan masing-masing ada yang panggil Tok atau Tuan yaitu perangkat gelar lokalitas oleh masyarakat) “Tok Guru” , “Babo” , “Tok Imam”, “ Tok Haji” ,“Tok Leba”, “Tok Pakir” , “Cikgu” dan sebagainya.
Pada tahun 1970-an , sekolah TADIKA tersebar luas di kampung-kampung, mereka sediakan tempat khas untuk mengjar, seperti di rumah Tuan Guru, Balai Sah (Sholat) dan Masjid. Para pengajar pula terdiri dari lulusan Pondok dan sekolah-sekolah agama dan sebagian mereka yang lulusan dari Mekah.
Ada setengah tempat, sekolah TADIKA itu dibesarkan menjadi Pondok dan sekolah agama. Ada juga masih kekal dengan TADIKA hingga sekarang. Di setiap kampung orang Melayu bila ada masjid, maka TADIKA pun ada. Seorang Tokoh pendakwah ada berkata : “kampung yang tidak ada TADIKA, kampong itu adalah dayus”
TADIKA pendidikan agama Islam, dengan menggunakan bahasa Melayu bertulisan Jawi dan Rumi untuk anak-anak Melayu Patani yang berumur diantara 5-12 tahun, belajar hari Sabtu dan Ahad.
Pada kebelakangan ini, bermula tahun 1977 (2520), oleh karena kebanyakan pengajar-pengajar TADIKA, terdiri dari anak-anak lepasan sekolah agama dan sekolah pondok, maka mata pelajaran dan ilmu yang diajar mengikut apa yang di ambil dari tempat yang dia belajar. Tetapi pelajaran asas mereka kekalkan, antaranya adalah; Al-Quran, Tauhid, Fikah, Akhlak, Sejarah (Sirah) dan Melayu (Jawi dan Rumi).
Selain itu juga mereka membentuk kelas-kelas dan membagi ruang kelas pengajian, ada juga yang member nama “ Darjah” , “Kelas” dn sebagainya. Mereka membagi darjah mengikut umur dan kepandaian pelajar. Darjah atau kelas, dimulakan dengan kelas “setengah” atau “kelas kosong” (iaitu sebelum kelas satu, kebelakangan ini ditukar kepada “ kelas A” dan “kelas B” ), kemudian kelas satu, dua, tiga dan empat. Pelajar yang tamat kelas empat di TADIKA mereka dapat sambung pengajian di sekolah-sekolah agama dan Pondok-Pondok.
Tahun 1997 (2540), mula menyatukan kurikulum pengajian TADIKA, dengan menggunakan buku-buku pengajian TADIKA yang dikeluarkan oleh Badan pelajaran Majelis Agama Islam Pattani sebagai asas. Sebelum itu buku-buku pengajian TADIKA sudah sedia berada, yang dibuat dan catatkan oleh PUSTAKA Pattani dan tersibar luar di wilayah Pattani sahaja. Dan setelah adanya kurikulum TADIKA, maka wilayah-wilayah lain pun turut guna buku tersebut sebagai menyatukan buku pengajian TADIKA dalam satu kesatuan. Berasaskan ingin menggunakan buku yang sama, mereka tubuhkan persatuan-peresatuan TADIKA untuk tujuan mudah menyusun dan mentadbir.
Antara mata pelajaran yang di ajar di TADIKA ;
Pelajaran asas adalah
1. Al-Quran
2. Tauhid
3. Fiqah
4. Akhlak
5. Sejarah (Sirah)
6. Melayu ( Jawi dan Rumi)

Pelajaran tambahan adalah
1. Tajuwid
2. Tafsir
3. Hadis
4. Nahu
5. Saraf
6. Khat
7. Muhadasah
8. Dan lain-lain

Bermula pada tahun 2005 (2548), pengajian TADIKA mulai berubah penyusunan pembagian kelas atau darjah dari ada empat kelas kepada enam kelas, mengikut penyesuaian dengan pengajian dasar kerajaan Thai. Maka kelas permulaan adalah kelas satu, dua, tiga, empat, lima dan enam, sama dengan system pengajian sekolah dasar kerajaan sebanyak 6 kelas.
Kebanyakan lepasan TADIKA, mereka sambung pengajian di sekolah atau Pondok yang gurunya belajar dulu dan sedikit yang pergi ketempat lain. Ada yang belajar terus di Pondok dan ada juga yang pergi sambung pengajian mereka ke luar negeri seperti di Negara Arab (Timur Tengah), di Pakistan dan di Negara jirang seperti Malaysia, Indonesia, Brunei. Mereka inilah sebagai pengganti guru di sekolah agama dan pondok dan ada juga yang terus memikir dan berusaha membangun TADIKA supaya tidak hilang ditelang zaman.
Setelah TADIKA mengajar secara masing-masing membuatkan kedudukan TADIKA mengalami berbagai kelemahan dan kekurangan, maka mereka pikir menyatukan TADIKA didalam kesatuan, dengan mendapat bimbingan dari sekolah-sekolah agama, maka lahirlah persatuan-persatuan TADIKA di kawasan yang ada sekolah agama. Antara persatuan TADIKA yang mula tubuhkan adalah;-
•Persatuan Dakwah Islamiyah Muasasah (PERDAM), Pombing, Penarik, Patani.
•Persatuan TADIKA Sekolah Pedau Jabat, Roso, Menara, 2521 B.
•Persatuan TADIKA Majelis Agama Islam Patani.
•Persatuan TADIKA Sekolah Bejah Airong, Menara.
•Persatuan TADIKA Sekolah Caya, Marebol Tjatoh, Menara, 2530 B.
•Persatuan TADIKA Membala
•Persatuan TADIKA Daerah Kuala Kawil, Menara.
•Persatuan TADIKA Wilayah Pattani (2520)
•Persatuan TADIKA Wilayah Narathiwat (2534 rasmi 2537).
Catatan-catan penting hal TADIKA
1.1949 (2492) : Sekolah Melayu
2.1950 (2493) : TADIKA (Taman Didikan Kanak-kanak)
3.1970 (2513) : TADIKA tersibar di kampung-kampung
4.1977 (2520) : Lahir persatuan-persatuan
5.1987 (2530) : Lahir PUSTAKA Patani (Pusat Taman Didikan Kanak-kanak)
6.1991 (2534) : Lahir PUSAKA Menara
7.1992 (2535) : Buat buku-buku TADIKA
8.1994 (2537) : PUSAKA Menara menjadi Yayasan 
9.1994 (2537) : Lahir PERTIWI Jala
10.1996 (2539) : Lahir PUTRA Sanggora
11.1997 (2540) : Tubuh PERKASA (Pusat Penyelarasan TADIKA Kawasan Selatan).
12.1997 (2540) : Buat Kurikulum TADIKA
13.1999 (2542) : Lahir PANTAS Satun
14.2005 (2548) : Perubahan kelas kepada 6 kelas
15.2005 (2548) : Kerajaan buat Kurikulum TADIKA Kerajaan
16.2005 (2548) : Kerajaan mula ganggu hal TADIKA
17.2006 (2549) : TADIKA dapat gaji 2,000 bath dari kerajaan
18.2013 (2556) : Membuat perubahan Kurikulum (PERKASA)

Referensi sumber diulas dari links:-
..........................................................
Pusat Persatuan Tadika Narathiwat (PUSAKA Menara)

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=540756402756184&id=445736152258210&substory_index=0

0 komentar:

Posting Komentar