Perjanjian Bangokok 1909 berkuatkuasa selepas 4 bulan dimeterai. Beberapa upacara penyerahan kawasan dilakukan, pada 15 Julai 1909 upacara penyerahan Kedah kepada British diadakan di Balai Besar, Alor Setar. Majlis tersebut dihadiri oleh Sultan Abdul Hamid, Tengku Mahmud serta Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Kedah, Williamson Penasihat Kewangan Siam mewakili Raja Siam, George Maxwell mewakili British. Semasa majlis penyerahan itu berlangsung, wakil Kerajaaan Siam, Williamson membawa utusan Raja Chulalongkorn yang mengatakan Raja Siam berasa sedih kerana setelah begitu lama hubungan erat telah wujud terpaksa diputuskan kerana perjanjian itu.Raja Siam berharap Kerajaan Kedah dapat mencapai kemakmuran buat masa akan datang dan Kedah mencapai kemakmuran di bawah naungan British.Sementara itu,upacara penyerahan wilayah Reman (sekarang dikenali sebagai Hulu Perak) kepada Perak turut dilakukan.
0 komentar:
Posting Komentar