Kamis, 10 Desember 2015

TOKOH KEILMUWAN ULAMA PATANI SYAIKH AHMAD AL-FATANI

Nama penuh Wan Ahmad Bin Wan Muhammad Zain Bin Wan Mustafa al-Fatani. Syeikh Ahmad al-Fatani berasal dari keturunan para muballigh agama Islam yang datang dari Hadhramaut. Dikatakan bahawa nasab silsilahnya bertalian dengan Saidina Abbas Bin Abdul Mutalib, bapa saudara Rasulullah S.A.W.
KELAHIRANSyeikh Ahmad al-Fatani Syeikh Ahmad al-fatani dilahirkan pada malam Jumaat 5 Syaaban 1272 Hijrah bersamaan 10 April 1856 Masihi di kampung Jambu, Fatani. dan Kampong Sena Janjar.WAFATSyeikh Ahmad al-Fatani menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 11 Zulhijjah 1325 H bersamaan 14 Januari 1908 M di Mina dalam usia 52 tahun. Jenazahnya dibawa ke Makkah dan disemadikan di perkuburan Ma’ala, Makkah al-Mukarramah. Kuburnya terletak di bawah kaki Siti Khadiah R.A, Ummu al-Mukminin, isteri pertama Rasulullah SAW.PENDIDIKANPada mulanya Syeikh Ahmad al-Fatani dididik oleh bapanya sendiri iaitu Haji wan Muhammad Zain atau juga dikenali dengan Wan Din Bin Syeikh Wan Mustafa. Selepas itu beliau berguru pula dengan bapa saudaranya Syeikh Wan Mustafa yang terkenal dengan gelaran ’Tok Guru Bendang Daya II’ketika berusia empat tahun beliau telah dibawa oleh ayahandanya dan ibundanya menetap di Makkah.Antara guru yang sering beliau dampingi ialah Sayyid Umar al-Syami al-Buqaciy, dengannya beliau mendalami pelbagai disiplin ilmu seperti bahasa Arab, usuluddin, tafsir, hadis, feqah, macani, bayan, carudh dan lain-lain lagi.Ketika berumur dua belas tahun beliau telah sanggup mengajar ilmu nahwu dan saraf kepada orang dewasa.KELEBIHAN SYEIKH AHMAD AL-FATANI1. Melayu pertama yang merintis penyelidikan dalam bidang kimia.2. ulama’ Melayu pertama yang belajar ilmu perubatan.3. pentashih kitab-kitab Melayu yang paling awal di percetakan Mesir, Makkah dan Istanbul.4. pelopor penulisan sejarah yang jarang diterokai orang.5. seorang yang dapat mengupas untaian syair-syair Arab lama setanding dengan kebolehan jaguh Arab sendiri.6. seorang ulama’ siasah dan pejuang yang mengambil berat terhadap nasib bangsa Melayu.7. merupakan antara segelintir ulama’ Melayu yang yang berkemampuan mengarang dalam bahasa Arab.8. berkebolehan mengajar 47 jenis ilmu dan yang9. beliau merupakan ulama’ Melayu pertama mengadakan soal jawab agama secara terbuka, lisan dan tulisan yang telah dibukukan dengan judul ”al-Fatawa al-Fataniah”

0 komentar:

Posting Komentar