AMPERA PATANI - 17 Januari 2016. Tidak ada keperluan untuk Pertubuhan Kerajaan Islam (OIC) menjadi fasilitatur dalam rundingan damai selatan Thai, kerana peranan itu telah pun dimainkan dengan baik oleh Malaysia, menurut kumpulan MARA PATANI yang terlibat dalam rundingan dengan kerajaan Thailand itu.
Jurucakap kumpulan MARA PATANI oleh Dr. Abu Hafiz Al-Hakim berkata, Malaysia memaikan peranan sebagai fasilitatur dlam rundingan damai dengn baik dan berkecuali.
"Malaysia melaksanakan peranan dengan baik, tidak boleh ada dua fasilitatur atau dua pangilan dalam satu pertandingan" katanya kepada bernama hari ini.
MARA PATANI merupakan organisasi yang menjadi payung kepada enam kumpulan pemisah di selatan Thai dan bertindak sebagai suara tunggal puak pemisah dalam rundingan dengan kerajaan Thailand.
Dr. Abu Hafiz Al-Hakim demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung OIC, Iyad Ameen Madani di Bangkok baru-baru ini tentang keinginan badan yang dianggotai oleh 57 Negara Islam itu untuk telibat sama dalam rundingan berkenaan.
Setiausaha Agung OIC itu mengadakan pertemuan dengan Pedana Menteri Thailand Jendral Prayuth Chan O Cha dan menteri Luarnya Don Pramudwinnai.
Beliau melawat Thailand yang merupakan negara pemerintahan dalam OIC selepas mengunjung Malaysia sebelum itu.
Dalam pertemuannya dengan midia di Bangkok, Iyad Madani menyatakan harapannya agar OIC dapat memainkan peranan sebagai fasilitatur dalam usaha membina keyakinan kedua-dua belah pihak yang bertelagah di selatan Thai itu.
Dr. Abu Hafiz Al-Hakim yang turut telibat sama dalam rundingan damai mewakili Barisan Islam Pembebas Patani (BIPP) itu berkata, mereka juga tidak menyetuh peranan OIC dalam pertemuan mereka dengan Madani di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau juga menjelaskan Malaysia tidak mempunyai sebarang peranan dalam pertemuan antara MARA PATANI dengan Setiausaha Agung OIC di Kuala Lumpur baru-baru ini.
"Pertemuan itu diatur oleh individu-individu tertentu tanpa adasebarang peranan oleh pihak kerajaan Malaysia" katanya.
Dr. Abu Hafiz Al-Hakim juga berkata apa yang diperlukan adalah sokongan kuat daripada OIC terhadap rundingan damai terbabit yang masih lagi berada dalam peringkat awal.
Menurutnya, penglibatan pihak-pihak lain dalam rundingan damai termasuk OIC boleh dipertimbangkan hanya dengan persetujuan kerajaan Thailand terlebih dahulu, apabila rundingan mencapai tahap rasmi dan menyentuh isu-isu kratikal.
"Pada ketika ini, rundingan antara kedua-dua pihak masih berada di tahap tidak rasmi dan di peringkat berbincang tentang terma-terma rujukan rundingan. Kita masih tidak menyentuh tentang isu-isu yang kritikal" katanya.
Beliau berkata, pada ketika ini pihaknya masih menunggu reaksi balas kerajaan Thailand tentang itu terma-terma rujukan rundingan damai itu sebelum menyambung semula rundingan.
Dr. Abu Hafiz Al-Hakim menjangkakan kedua-dua belah pihak akan bertemu semula pada akhir Januari ini atau awal Febrruari untuk menyambung semula rundingan damai itu.
Referensi sumber diulas dari links :-
......................................
http://patanipost.net/2016/01/17/isu-selatan-thai-malaysia-laksana-peranan-baik/
......................................
http://patanipost.net/2016/01/17/isu-selatan-thai-malaysia-laksana-peranan-baik/
0 komentar:
Posting Komentar