Senin, 18 Januari 2016

JAWAPAN BERTULIS DARI POS

AMPERA PATANI - Merujuk kepada 8 soalan bertulis yang diajukan oleh Facebook adamjohn1984 kepada Facebook POS Patani pada 21 Desember 2015 yang lalu, beliau adalah seorang aktivis yang bergiat dalam penulisan artikel berbahasa Inggris menginginkan jawapan bertulis atau wawancara langsung, difahamkan untuk tujuan dijadikan bahan penulisan dan seminar dipentas antarabangsa. Dengan itu saya Syukri Bin Hasan ketua POS memilih menjawab secara bertulis bagi tujuan tersebut.
Berikut adalah 8 soalan bertulisnya.
1. Apakah POS dan misinya?
J. POS adalah ringkasan daripada Patani Overseas Society. Visinya ialah:
”Membina Dan Membimbing Masyarakat Melayu Patani Diluar Negeri Mencintai Bahasa Dan Budaya Bangsa Ibunda Sendiri”
Dan Misinya ialah:
”Pro Wawasan Rakyat Melayu Patani Terjajah Untuk Penentuan Nasib Sendiri (SELF DETERMINATION)”
2. Bilakah POS di tubuh dan apakah kejayaannya?
J. POS sebuah NGO warga Patani diluar negeri yang berdaftar di Sweden ia ditubuhkan Pada 25 Oktober 2008. Kejayaannya ialah dapat melistarikan aktiviti-aktiviti mingguan dan tahunan yang bersifat sosial pendidikan dan kebudayaan melayu Patani diluar negeri. Yang amat berkasan adalah disaat merintis kerjasama dengan warga Patani di Eropa membentuk POS, terutama yang bermustatin di Sweden dan di German lebih 40 tahun yang lalu (1970an). Kerjayaan dapat bekerjasama dengan NGO Perikatan Saudara Patani (PSP) didalam bidang kemasyarakatan dan sekolah Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) yang diasaskan oleh PSP di Stockholm (1994), sebgai tenaga pengajar (cekgu) mendidik anak-anak yang lahir disini membaca dan menulis bahasa ibunda melayu Patani termasuk membaca al-Quran dengan baik.
Yang membanggakan POS bersama PSP hingga sekarang kami dapat menjalankan aktiviti bersama sehingga anak-anak Patani generasi baru pandai bercakap bahasa melayu dan berpakaian busana kebuduyaan Melayu Patani baik lelaki dan perempuan di majlis hari-hari besar Islam dan nasional Patani, seperti dua hari raya, maulid nabi SAW, dan hari negara Islam Patani juga hari kebudayaan Patani tanpa malu dan segan. Semua kejayaan ini adalah hasil kerjasama ibu bapa dan semua warga Patani di Eropa.
3. Sebab apakah POS penting dan kepentingan itu untuk siapa?
J. POS penting ialah untuk menyatukan pola fikir dan jatidiri warga Patani berorintasikan nilai-nilai Islam secara berorganisasi, bersatu padu dan bahu-membahu menjayakan wawasan rakyat Patani diperantauan, agar semua aktiviti-aktiviti sosial budaya dapat diperaktekan secara berjemaah. Dan kepentingannya untuk rakyat Patani terjajah tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.
4. Apakah kesulitan terbesar bagi POS ?
J. Kesulitan terbesar bagi POS ialah untuk menegak hak asasi manusia (HAM) benar-benar dapat dilisterikan hak-hak tersebut didalam kehidupan setiap individu rakyat Patani didalam dan diluar negeri secara demokrasi dalam kerangka kebebasan yang setara tanpa paksaan dari pihak manapun, seperti dalam penyataan Diklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM) atau Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948.
5. Apakah harapan POS untuk menjayakan tahun 2016?
J. Harapan POS untuk menjayakan tahun 2016 ialah melipat-gandakan usaha dengan memperbagaikan aktiviti kerjasama yang bersifat ilmu dan kajian dengan gerakan-gerakan massa dalam dan luar negeri secara efektip untuk dikungsikan dalam rangka usaha mencari solusi menjayakan wawasan rakyat Patani.
6. Apakah POS akan melakukan pada masa 5 tahun?
J. POS akan melakukan dalam masa 5 tahun dan seterusnya kedepan ialah untuk memesyarakatkan isu penjajahan asing di Patani kepentas antarabangsa sebagai isu kemanusiaan yang harus didamaikan agar dunia ini tanpa penjajahan, tanpa penindasan, tanpa perbudakan dan tanpa peperangan.
7. Bagaimanakah boleh masyarakat, gerakan-gerakan di Patani dan di Thailand membantukan POS ?
J. Menurut POS masyarakat gerakan-gerakan (NGO) di Patani dan di Thailand boleh membantu gerakan rakyat Patani terjajah (dijajah oleh Thailand 1909) untuk menentukan nasib sendiri, bahkan hak tersebut adalah hak semua bangsa tidak boleh dipisahkan dengan mana-mana bangsa sekalipun dan oleh sesiapa pun. Sebab penjajahan bangsa atas bangsa itu bertentangan dengan hak perikeadilan dan perikemanusiaan.
8. Bagaimanakah boleh masyarakat antarabangsa dan gerakan-gerakan di seluruh dunia membantukan POS?.
J. POS tidak pernah surut mengharapkan bantuan masyarakat antarabangsa bahkan yakin terhadap bantuan gerakan-gerakan diseluruh dunia akan tiba bila-bila masa sahaja kepada gerakan rakyat Patani terjajah untuk penuntuan nasib sendiri, kerana bantuan tersebut telah menjadi peranan dan tanggungjawab mereka untuk membantu membebaskan bangsa-bangsa yang belum bernegara diseluruh dunia. Bergantung kepada sejauh-mana gerakan-gerakan Patani didalam dan diluar negeri bersatu menuntut hak penentuan nasib sendiri berterusan dengan apa cara sekalipun demi kepentingan wawasan Patani merdeka, dan sama-sama mengembelingkan tenaga menghormati perbezaan pendapat bersama menggalas wawasan rakyat Patani kepentas dunia,
POS percaya gerakan rakyat Patani untuk penentuan nasib sendiri akan mendapat bantuan dan sokongan masyarakat antarabangsa sebab resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) No, 1514 (XV) 14 Disember 1960, telah mengeluarkan di bawah Perisytiharan bertajuk Pemberian Kemerdekaan kepada Rakyat dan Negara Terjajah.
PBB mengisytiharkan bahawa:
1. Penindasan, penaklukan asing, dominasi dan eksploitasi merupakan penafian hak asasi manusia (HAM). Ia bertentangan dengan Piagam PBB dan merupakan penghalang terhadap keamanan dan kerjasama dunia.
2. Semua orang mempunyai hak untuk penentuan nasib sendiri; oleh sebab hak itu mereka bebas menentukan status politik mereka dan bebas mengejar pembangunan ekonomi, sosial dan budaya mereka.
3. Ketidakcukupan kesediaan politik, ekonomi, sosial atau pendidikan tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan untuk melambatkan kemerdekaan.
4. Semua tindakan bersenjata atau langkah-langkah yang menindas terhadap orang yang ditakluk hendaklah dihentikan dalam usaha untuk membolehkan mereka melaksana dengan aman dan bebas hak mereka untuk mencapai kemerdekaan, dan integriti wilayah negara mereka hendaklah dihormati.
5. Langkah segera hendaklah diambil keatas semua wilayah lain yang belum mencapai kemerdekaan, untuk memindahkan semua kuasa kepada rakyat yang dijajah tanpa syarat.
6. Sebarang percubaan yang bertujuan menganggu gugat keutuhan negara dan sempadan adalah bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Piagam PBB.
7. Semua Negara hendaklah mematuhi dengan penuh peruntukan Piagam PBB, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Deklarasi ini atas asas kesaksamaan, dan rasa hormat terhadap hak kedaulatan semua bangsa dan keutuhan wilayah mereka.
Terima Kasih.
Syukri Bin Hasan
Stockholm
7 Januari 2016

Referensi sumber diulas dari links:-
.........................................................
https://www.facebook.com/pos.patani/posts/479822628888453?fref=nf&pnref=story

1 komentar:

  1. Agen Judi Sabung ayam Terpopuler di Indonesia yang sudah berdiri Lama ! Aman dan terpercaya !

    Sudah Menyediakan Deposit Menggunakan OVO, Kemudahan bertransaksi & Aman !

    situs judi online ini juga menyediakan berbagai jenis permainan lainnya seperti :
    - Casino Live
    - Sportsbook
    - Togel Online
    - Tembak ikan
    - Slot
    - Dan Masih Banyak Lainnya

    Informasi selengkapnya hubungi :
    WA :0 8 1 2 2 2 2 2 9 9 5
    BBM : B O L A V I T A
    WA : +62812-2222-995

    BalasHapus