This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Rabu, 27 Maret 2019

Takkan Melayu Hilang Di Dunia


Terbongkar, Kisah Penemuan Manuskrip Melayu Lama Sebelum Lahirnya Tulisan Jawi Lagi.

Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr. Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara peringkat dunia dari University of St. Petersburg. Seminggu sebelum itu saya telah membuat temujanjinya melalui Dr. Tatiana di Moscow.

Satu hari sebelum bertolak, saya dimaklumkan oleh Dr. Tatiana bahawa beliau tidak ada di St. Petersburg. Saya merasa agak hampa kerana tujuan asal saya ke St. Petersburg ialah untuk bertemu dengannya

27 Mac 09 jam 11 malam, saya, Helmi, Afiq dan Azam bertolak ke St. Petersburg dengan menaiki kereta api. Perjalanan ke St. Petersburg mengambil masa 8 jam. Kereta api yang kami naiki mempunyai gerabak yang ada katil untuk tidur. Perjalanan melalui kampung-kampung, rumah-rumah kayu tradisional dan pokok-pokok pine yang diselubungi dengan salji

Kami merentasi gunung dan kawasan berbukit. Susana di luar sangat sejuk tetapi di dalam gerabak suhunya ialah 22 darjah celcius. Tidak berapa lama kemudian, datang pelayan kereta api bertanyakan keperluan kami. Kami tidak mempunyai apa-apa keperluan cuma, minta dibuatkan air teh. Dia membawakan kami air teh bercampur limau.

Pelayan yang memakai baju seragam berwarna biru tua melimparkan senyuman kepada kami. Teh di dalam kereta api ini berharga 20 Rubel bersamaan kurang lebih dua ringgit. Kami sampai ke Saint Petersburg pada pukul 7.10 pagi.

Sesampainya di sini, kami di sambut oleh dua pelajar kejuruteraan kapal iaitu Nasir dan Amin. Mereka membawa kami dirumahnya. Hari pertama kami hanya berjalan sekitar bandar. Kami mencari pusat pengajian Nusantara tetapi pada hari ini pusat ini telah tutup.

Malam ini, saya sempat berkuliah bersama pelajar-pelajar kejuruteraan kapal di sini. Malam ini setelah kuliah, saya menghubungi Dr. Tatiana. Setelah bertanya khabar lebih kurang, saya menyatakan hajat saya untuk berusaha menghubungi Prof. Dr. Goblin. Perbualan kami terputus.

Tidak lama selepas itu, Dr. Tatiana menghatar mesej kepada saya.

“Tadi x dengar. Untuk ape nak nbr fone dr Alexander? I dah cakap dn die sehari lalu, katanya sedang sibuk susun kamus, tak ada masa untuk kerja lain”

Saya berbisik di hati saya,

“aik..! semalam kata tak ada, hari ini kata tak nak jumpa pula. Mmm.. jangan jangan memang tidak sudi jumpa kot..”

Selang beberapa ketika, Dr.Tatiana menghantar sebuah mesej lagi,

“Handphone Alexander – **** **** ***, boleh hubungi dia untuk dapat tahu tentang manuskrip melayu kuno”

* no saya tidak nyatakan atas tujuan menjaga hak peribadinya

Keesokkannya harinya, Ahad 29 Mac, saya cuba menghubungi Dr Alexander. Dia mengangkat telifon saya. Saya terus memperkenalkan diri dalam bahasa Melayu dan terus menyatakan hajat saya. Dr. Alexander diam seketika. Kemudian dia bertanya,

“kamu sekarang di mana ni?”

Saya menyatakan bahawa saya berada di penempatan pelajar Malaysia di St. Petersburg.

Kemudian dia berkata,

“baiklah, bolehkah bertemu saya di….”

Cepat-cepat saya memberi telifon kepada salah seorang pelajar Melayu di sini.

“Okey Ustaz, saya tahu tempatnya,” Kata Zack pada saya.

Jam menunjukkan pukul 10.30, kami mula bertolak ke tempat yang diberitahu. 45 minit selepas itu kami sampai. Saya menghubungi Dr Alexander dan tidak lama selepas itu dia datang dan menjemput saya ke rumahnya.

Ketika melangkah masuk, Dr. Alexandra mengambilkan baju sejuk saya dan menyangkutkannya. Gayanya seperti ayah-ayah. Beliau mempersilakan kami masuk ke bilik kajiannya. Suasana biliknya penuh dengan buku. Ada yang tersusun rapi di almari dan ada yang bersepah di meja bacaan. Kebanyakkan bukunya mengenai Nusantara.


Beliau menunjukkan saya kajian-kajiannya dan sekarang memang beliau sedang sibuk menyiapakan kamus Bahasa Indonesia – Rusia. Di dalam biliknya penuh dengan buku dan kitab dari Nusantara. Kamus bahasa Jawa- Inggeris pun ada.

Kami memulakan perbualan mengenai bahasa Melayu. Dr Alexandra menyatakan mengenai keindahan bahasa Melayu yang tinggi maknanya.

Saya teringat mengenai kisah seorang sahabat yang dipesan oleh datuknya.

Jika hendak merantau maka jagalah pisang sesikat dan jarum di dalam diri kamu.

Sahabat ini pening kepada memikirkan apakah yang cuba disampaikan oleh datuk ini.

Setelah cuti semester pertama, maka dia bertanya pada datuknya, apakah makna pisang sesikat dan apakah makna jarum dalam diri. Datuk ini memberi tahu bahawa pisang sesikat ialah cantuman kedua belah tangan seolah-olah bersalaman. Ia memberi makna, ke mana sahaja kamu pergi, hormatilah orang lain.

Jarum dalam diri ialah lidah kerana lidah sebenarnya lebih tajam dari jarum. Di tempat orang, hendaklah sentiasa menjaga lidah. Bahasa kiasan seperti ini banyak di dalam bahasa Melayu. Ini cantik dan indahnya bahasa Melayu.

Dr Alexandra berbual dengan saya mengenai sejarah dan kebudayaan di Nusantara.

Dia menunjukan kitab Sulalatus Salatin yang telah diterjemahkan dan diterbitkan di dalam bahasa Rusia. Mereka mempunyai manuskrip asal kitab ini.

Saya berbual dengannya dan dia memberitahu saya mengenai tulisan Aksara, tulisan Melayu kuno sebelum wujudnya tulisan jawi. Ia penemuan lama, sudah lebih sepuluh tahun.

Dia menerangkan kepada saya mengenai penemuan barunya iaitu satu undang-undang bertulis Melayu yang baru ditemui di dalam bahasa Aksara. Ia undang-undang Melayu lama.

Jika ia dapat dikaji dengan baik, ia akan mengetepikan bahawa orang Melayu tidak menulis undang-undang. Manuskrip ini mempunyai lebih dari 100 helai.

Jika ini terdedah, maka akan berubahlah fakta sebelum ini yang mengatakan orang Melayu tidak mempunyai undang-undang bertulis. Hanya adat yang diturunkan dari generasi ke generasi. Setakat yang ditunjukkan kepada saya, undang-undang bertulis itu mirip dengan ajaran Islam.

Contohnya seperti, sesiapa yang menendang orang lain maka dia perlu membawakan makan dan minum. Ia seperti kifarah yang memberi fakir dan miskin makan.

Jika sesebuah bangsa telah mempunyai tulisannya sendiri, telah mempunyai undang-undangnya sendiri, bermakna, bangsa itu adalah satu bangsa yang mempunyai tamadun yang tinggi.

Tetapi kenapa kita tidak tahu semua ini? Kenapa manuskrip-manuskrip ini berada di luar Nusantara? Kenapa seolah-olah ada konspirasi menyembunyikan sejarah bangsa ini? Kenapa hindu dan budha yang pernah ditonjolkan sedangkan Melayu mempunyai jatidirinya.

Kenapa Islam dikatakan lambat datang ke sini? Lambat atau sejarahnya dihilangkan? Kenapa dihilangkan? Apakah yang sangat ditakuti pada bangsa ini? Adakah benar bahawa Islam itu akan bangkit dan ia bermula dari timur jauh ini? Jika benar, adakah itu tujuan utama dihilangkan sejarah bangsa kita, agar bangsa ini dipisahkan dari Islam atau hilang jatinya?

Persoalan-persoalan itu bermain di benak pemikiran saya. Saya sudah menemui titik-titik penyambung sejarah bangsa Melayu.

Saya yakin, Islam bermula lebih awal dari apa yang diberitahu kepada kita. Dan saya yakin, jati diri bangsa ini, tidak boleh dipisahkan dari Islam.

Jika kita menerima bahawa Islam lambat ke Nusantara, maka jatidiri Islam dalam darah orang
Melayu tidak akan dipedulikan.

Sesungguhnya, Islam menguatkan semua bangsa. Nilai dan jatidiri orang Melayu dibentuk dari ajaran Islam yang syumul. Orang Melayu yang menolak Islam akan menyaksikan hilangnya jatidiri dalam hatinya. Bermula dengan mempertikai, akhirnya akan memaki bangsa sendiri.

Sesungguhnya Salman al-Farisi, Abu Huzaifah al-Yamani, Saad al-Ghifari dan lain-lain para sahabat berasal dari suku dan bangsa yang berbagai. Tetapi, mereka disatukan dengan satu nama. Mereka adalah muslim, mereka menyembah Allah Yang Satu dan mereka menurut syariat yang satu.

Jika semua bangsa menjadikan Islam sebagai keutamaan, kita akan melihat lahirnya sebuah bangsa besar. Bangsa Muslim yang sentiasa mahu kebaikan dan mengcegah kemungkaran.

Perkara ini yang telah disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran :-

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. (Ali Imran 110)

Inilah Bangsa besar hamba Allah dari Ummat Rasullullah.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad Abdullah
308, Hostel Kahovskaya Moscow Medical Akademi
30 Mac 09 jam 11.15 malam

Sumber : aminchannel.com, 23 maret 2019.

Peranan Ulama Patani di Perantauan

Patani adalah suatu negeri daripada negeri-negeri Melayu. Telah lahir sebahagian putera-puteranya orang-orang yang baik-baik, cerdik serta arif bijaksana. Adalah pada zaman dulu di bawah satu daulah (kekuasaan/pemerintahan) daripada daulah-daulah mereka yang agung/besar".

Ramai yang menyangka bahawa orang Patani hanya terlibat dalam satu bidang keislaman saja kerana cukup ramai ulama yang berasal dari Patani yang muncul sebagai pengarang kitab. Pada pandangan penulis, sebenarnya orang-orang Patani bukan hanya terlibat dalam penulisan kitab tetapi juga terlibat dalam seluruh aspek kemasyarakatan.

Ulama-ulama yang sudah cukup terkenal seperti Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani, Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani, Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dan ramai lagi.

Di sini penulis menonjolkan tokoh-tokoh Patani yang nadir, yang belum dibicarakan. Bahkan nama sesuatu tempat yang berasal daripada aktiviti mereka masih dapat dikesan walaupun kadang-kadang tokoh pemula, nama mereka tidak dikenali.

Kadang-kadang dikenal nama, tetapi orang tidak dapat mengesan bahawa pemula tadi adalah berasal dari Fathoni Darus Salam. Untuk mewakili sekian ramai tokoh orang Patani selaku pemula sesuatu aktiviti atau kejadian, maka di sini hanya penulis sebut beberapa orang yang kebanyakannya adalah ulama, sebagai contoh di antara mereka.

Mengenai mereka ini penulis bahagikan kepada beberapa tempat yang wujudnya peranan mereka, iaitu di Betawi, Sulawesi Selatan, Kalimantan Barat, Kepulauan Riau, Siak, Jambi, Aceh, Brunei, Semenanjung, Mekah, Mesir dan Turki.

Peranan ulama Patani di Betawi

Kedatangan orang Patani ke Betawi, baik secara langsung dari Patani ataupun setelah mereka dari Campa memang telah lama. Jika benar Sunan Gunung Jati/Syarif Hidayatullah adalah putera Sultan 'Umdatuddin bin Saiyid Ali Nurul Alam Sultan di Campa, menurut salah satu versi, bahawa Sunan Gunung Jati berhasil menguasai Sunda Kelapa itu pada 21 Jun 1527 M.

Sejak itu, beliau dan orang Patani yang ada hubungan dengan Sunan Gunung Jati ramai yang hijrah ke Betawi untuk membantu dan mengukuhkan kedudukan Sunan Gunung Jati.

Di antara sekian ramai orang Patani termasuklah keturunan Sheikh Daud bin Abdullah al-Malikul Mubin. Salah seorang di antara keturunannya ialah Wan Abdul Bagus, datuk neneknya berasal dari Patani tetapi beliau sendiri dilahirkan di Betawi. Beliau membuka Kampung Melayu di Betawi dalam tahun 1656 M.

Pemerintah Kolonial Belanda melantik Wan Abdul Bagus menjadi Ketua Orang-orang Melayu atau digelar dengan Capitain Malleyer. Wan Abdul Bagus al-Fathani menguasai tanah yang luas di bahagian tepi kiri-kanan Kali Ciliwung sebelah selatan dan bersempadan dengan tanah Meester Cornelis. Pemilikan tanah dikeluarkan dalam tahun 1661 M dan ditambah lagi tahun 1696 M sehingga menjadi amat luas.

Wan Abdul Bagus meninggal dunia tahun 1716 M. Beliau digantikan oleh anaknya Wan Abdullah. Gabenor Jenderal Belanda, bernama Frederik Durven (1729-1732) tidak menyukai Wan Abdullah. Lalu Belanda mencabut haknya dengan merampas kekayaan dan melucutkan jawatannya sebagai Kapten Melayu. Kemudian Wan Abdullah ditangkap, dipenjara, disiksa dan dibuang.

Berdasarkan cerita di atas dapat disimpulkan bahawa keluarga besar ulama Patani pernah berperanan penting di Betawi baik dalam kepemimpinan duniawi mahupun kepemimpinan menuju ukhrawi. Selain itu ada jalinan hubungan ulama antara Aceh-Patani-Betawi.

Generasi terakhir orang Patani yang berperanan sebagai ulama terkenal di Betawi ialah Kiai Sheikh Ahmad al-Marzuqi al-Fathani al-Batawi yang datuk neneknya ialah Sheikh Daud bin Abdullah al-Malikul Mubin, seperti yang telah disebutkan.

Kiai Syeikh Ahmad al-Marzuqi wafat di Betawi hari Jumaat 25 Rejab 1353 H/1934 M. Riwayat lengkap mengenai ulama ini telah penulis muatkan sebelum ini, juga dalam buku Thabaqat Ulama Asia Tenggara jilid ke-3.

Peranan ulama Patani di Sulawesi Selatan

Dalam tahun 1602-1632 M, berlaku pelarian beramai-ramai orang Patani kerana peperangan yang begitu panjang antara Fathani Darus Salam yang beragama Islam dengan kekuasaan besar Siam dari utara yang beragama Buddha.

Datuk Maharajalela, yang nama sebenarnya ialah Faqih Ali bersama dua anak saudaranya, Paduka Raja dan Puteri Senapati hijrah dari Fathani Darus Salam ke Kerajaan Gowa membawa bendera Fathani Darus Salam yang disebut Bendera Buluh Perindu, serta khazanah pusaka kebesaran kerajaan itu.

Di Gowa, beliau dan rombongan disambut oleh Raja Gowa, yang pada zaman itu diperintah oleh I Mangarangi Daeng Marabbia (Raja Gowa XIV). Di Kerajaan Gowa itu Faqih Ali/Datuk Maharajalela dilantik sebagai Ketua Orang-orang Melayu. Pada zaman itu di Sulawesi Selatan telah ramai orang Melayu di antaranya yang datang dari Johor, Riau, Pahang, Minangkabau, Aceh dan lain-lain.

Menurut riwayat, keturunan beliau terlibat dalam perang melawan penjajah Belanda. Mereka menyokong perjuangan Sultan Hasanuddin ketika berperang melawan Admiral Spelman. Adapun keturunan Puteri Senapati diriwayatkan adalah sebagai asal keturunan orang-orang Melayu di Ujungpandang dan menyebar di seluruh Sulawesi Selatan.

Barangkali kerana mereka kenal jati diri datuk neneknya yang anti kepada penjajah Siam, demikianlah jua keturunan tersebut yang berada di Sulawesi Selatan adalah orang-orang yang anti kepada pemerintah Belanda.

Peranan ulama Patani Di Kalimantan Barat

Dalam lingkungan tahun 1180-an H/1760-an M, penduduk Kuala Mempawah, Tanjung Mempawah dan kampung-kampung sekitarnya terkejut kerana didatangi oleh sekitar 40 perahu yang besar-besar belaka. Setelah dua orang ulama, Sheikh Ali bin Faqih al-Fathani dan Sheikh Abdul Jalil al-Fathani naik ke darat untuk menghadap Upu Daeng Menambon, iaitu Raja Mempawah pada masa itu, barulah diketahui oleh penduduk bahawa perahu-perahu itu datang dari negeri Fathani Darus Salam.

Kedua-dua ulama itu mendapat kedudukan dan dihormati oleh masyarakat kerana pengetahuan luas mereka dalam keislaman.

Sheikh Abdul Jalil al-Fathani meneruskan penyebaran Islam ke Sambas, setelah meninggal dunia digelar oleh penduduk dengan Keramat Lumbang kerana maka mnya terletak di Lumbang, Sambas.

Adapun Sheikh Ali tinggal di Kampung Tanjung, Mempawah. Pada mulanya sebagai seorang guru mengajar kitab kepada masyarakat, tetapi sewaktu Habib Husein al-Qadri (Tuan Besar Mempawah), iaitu Mufti Mempawah yang pertama dan guru bagi Upu Daeng Menambon hampir meninggal dunia (1184 H/1770 M), maka ulama yang berasal dari Arab itu berwasiat.

Wasiat itu ialah bahawa tiada yang layak menjadi Mufti Mempawah sebagai pengganti beliau melainkan Sheikh Ali yang tinggal di Kampung Tanjung itu. Wasiat Habib Husein al-Qadri/Tuan Besar Mempawah itu dilaksanakan oleh pihak istana Raja Mempawah.

Sheikh Ali dilantik sebagai Mufti Kerajaan Mempawah dengan gelaran Maharaja Imam Mempawah. Beliaulah yang pertama bergelar demikian itu. Dengan demikian, Sheikh Ali adalah Mufti Mempawah yang kedua.

Beliau memperoleh zuriat yang ramai di Kalimantan Barat. Beberapa orang di antaranya berperanan sebagai tokoh terkemuka. Salah seorang anak beliau bernama Abdur Rahman atau lebih terkenal dengan nama gelar Wak Tapak. Beliau ini adalah seorang pahlawan Mempawah.

Sewaktu perkelahian antara orang-orang Cina dengan Melayu di Mempawah, Mandor dan tempat-tempat lainnya termasuk Wak Tapak yang berasal dari Patani dan Tengku Simbob yang berasal dari Riau beliau berhasil mengalahkan orang-orang Cina.

Dimulai dengan kedatangan Sheikh Ali ke Mempawah itu secara berantai, orang-orang dari Patani, Kelantan dan Kedah terutamanya yang ada hubungan pertalian keturunan dan keilmuan dengannya terus menerus datang ke Kalimantan Barat, kecuali terhenti setelah Indonesia merdeka kerana sistem pemerintahan telah jauh berubah coraknya.

Tokoh-tokoh yang terkemuka yang berasal dari Patani sesudah itu ialah: Wan Nik al-Fathani iaitu seorang ulama sufi guru masyarakat. Menantunya Haji Hasan al-Fathani adalah Imam Masjid Jamek Pemangkat (Kabupaten Sambas). Haji Hasan al-Fathani sahabat Sheikh Basiyuni Imran yang lebih terkenal dengan gelaran Maharaja Imam Sambas.

Selanjutnya yang datang dari Kedah pula ialah Sheikh Muhammad Yasin yang membuka pondok pengajian di Kuala Mempawah. Dari Kelantan ialah Haji Ismail bin Abdul Majid yang pernah menjadi Mufti Pontianak. Manakala Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani adalah Mufti Mempawah yang terakhir.

Walaupun ketiga-tiga ulama tersebut itu bukan berasal dari Patani, tetapi tetap ada hubungan dakwah dan pendidikan Islam dengan Sheikh Ali kerana sebelum mereka mendapat kedudukan di sana, semuanya tinggal di rumah keturunan Sheikh Ali.

Yang terakhir ialah penulis sendiri yang berasal keturunan Patani di Riau. Datang ke Sambas 18 Januari 1968 dan selanjutnya ke Mempawah 1970-1988, dan sempat mencatat hampir semua peristiwa mulai Sheikh Ali hingga Haji Abdur Rahman al-Kalantani dari mulut Haji Abdur Rahman Kelantan sendiri, kerana beberapa tahun penulis tinggal di rumah beliau.

Selain itu, semua peristiwa pula dicatat dari keturunan mereka dan orang tua-tua di Mempawah.

Peranan ulama Patani di Kepulauan Riau

Kepulauan Natuna, Siantan, Jemaja dan Tambelan yang semuanya terletak di Laut Cina Selatan adalah kepulauan-kepulauan yang mesti disinggah oleh para pelayar pada zaman dulu. Orang Patani pula baik yang dari Patani sendiri ataupun keturunan mereka yang telah lama tinggal di Campa, setiap kali berulang-alik antara Patani-Jawa-Campa, sentiasa singgah di kepulauan-kepulauan itu.

Pulau yang terbesar di Laut Cina Selatan ialah Pulau Bunguran. Di sana, memasuki sungai kecil disebut Sungai Semala, terletak sebuah kubur yang dikeramatkan orang yang disebut Keramat Binjai, iaitu seorang ulama yang berasal dari Patani, yang berkemungkinan dari Semela, Patani.

Keseluruhan Pulau Natuna itu memang dibuka oleh orang Patani. Pemerintah pulau itu disebut sebagai Datuk Kaya dan semua mereka memakai nama 'Wan' di pangkal nama. Menunjukkan bahawa mereka juga berasal dari kaum bangsawan Patani. Demikian halnya dengan Datuk Kaya Kepulauan Tambelan.

Sebelum menceritakan asal-usul Datuk Kaya di sini, penulis catatkan sedikit peristiwa, bahawa sekitar abad ke-16-17, sebuah perahu terdampar di Pantai Teluk Baruk disebut juga Gunung Rujin di Pulau Bunguran itu.

Di tempat perahu itu terdampar kemudian dinamakan orang dengan Tanjung Kapal. Dipercayai perahu tersebut berasal dari Patani setelah melalui Campa. Hinggakan pemimpin rombongan perahu terdampar itu belum diketahui secara pasti, tetapi salah seorang keturunannya bernama Wan Taksim.

Wan Taksim inilah mengutus seorang anaknya bernama Wan Abu Bakar belajar ke Mekah. Beliau hidup sezaman dengan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Kedua-duanya ada hubungan keluarga dan tinggal serumah di Mekah.

Setelah menjadi ulama, Haji Wan Abu Bakar mendapat arahan Sheikh Daud supaya menyebarkan Islam di kepulauan-kepulauan yang tersebut.

Koleksi tulisan : Allahyarham Wan Mohd. Shaghir Abdullah.
Sumber : Ulama Nusantara.

Tahun 2050 M, Genrasi Baru Patani Tak Boleh Berbahasa Melayu Lagi

Saya meramal pada tahun 2050 masehi, orang Patani generasi baru sudah tak boleh berbahasa Melayu lagi, kecuali beberapa daerah bersempadan dengan Kelantan.

Asas perkiraan saya adalah lebih kurang sekitar tahun 1850, wilayah Songhkla bermula sekitar tasik atau Singgora dan ke atas pada waktu itu telah hilang sebagai kawasan penduduk berbahasa Melayu-kecuali beberapa penempatan di Legor dan kawasan sekitarnya yang dibuka oleh pendatang dari Indonesia yang kebanyakan lari dari Belanda.

Pada tahun itu telah lebih 150 tahun kerajaan Kesultanan Singgora telah tumbang, dan tak naik-naik. Atau lebih tepat tahun 1687 kaum kerabat Sultan Singgora yang dilantik oleh Ayutthaya sebagai raja Patthalung tapi memberontak telah dihukum bunuh. Pada tarikh itu boleh dikira, lenyap semuanya warisan kesultanan Singgora. Pada ketika itu pewaris kesultanan Singgora ada yang pindah agama, dan diberi kedudukan yang baik sebagai pemimpin masyarakat hingga ke hari ini.

Disamping dasar migrasi yang diamal Ayutthaya yang mengerah tentera-tentera untuk bermukim di kawasan sekitar itu, lalu membentuk penempatan baru, kemudian membentuk populasi tersendiri. Lama kelamaan setelah generasi demi generasi bertukar, kawasan ini hilang sebagai kawasan penduduk bertutur dalam bahasa Melayu hingga sekarang.

Begitu juga dengan Patani. Diperkira, kerajaan atau pemerintah Melayu Patani jatuh secara keseluruhan pada tahun 1902, ada orang dakwa tahun 1909. Bermula tahun itu dan 150 tahun kedepan, adalah diramal sesuatu yang langka generasi baru penduduk kawasan ini dapat berbahasa Melayu pada masa depan.

Generasi itu adalah generasi anak kepada anak kecil di bangku sekolah sekarang. Ini dapat dilihat di daerah seperti Thepa, Chana dan Sebayoi, penutur bahasa Melayu kawasan ini dah makin melemah.

Saya tak anti bahasa Thai, saya pun belajar, habis masa dan tenaga untuk menguasainya. Saya juga tak anti bahasa asing. Bahkan saya suka berkawan dengan orang mahir banyak bahasa. Orang yang suka bercakap bahasa ibunda bukan anti bahasa kebangsaan, jangan anggap macam tu. Dalam negara, hidup sebagai minoriti, bahasa ibunda dianggap sunat dituturkan, manakala bahasa kebangsaan bertaraf wajib yang akan diamalkan pada masa dan tempat yang sepatutnya. Jika beli tiket keretapi di Golok pun saya guna bahasa Thai biarpun tahu orang kaunter itu adalah Melayu. Dan, jika amalan sunat itu ditinggalkan, lama-lama akan lupa.

Orang Patani dikira bertuah, lahir saja dah dianugerah asas kuat dua bahasa untuk dituturkan iaitu bahasa Melayu dan Thai, tetapi sepanjang proses pembesaran, asas bahasa Melayu tidak diperteguhkan, hanya memperkuat asas bahasa Thai sahaja. Ini satu kerugian yang besar.

Kesannya, apa-apa hal atau sebaran gagal dinyatakan dalam bahasa Melayu, sekali lagi ini kerugian terbesar, sedangkan jumlah penutur bahasa Melayu tidak kira ala Malaysia atau ala Indonesia adalah bukan jumlah yang kecil.

Harap ramalan saya tak betul.

Sumber : Isma Ae Mohammad, 20 Februari 2018.

Selasa, 26 Maret 2019

Penduduk Selatan Thai Harapkan Perubahan

Bangkok 22 Mac - Setiap kali pilihan raya umum Thailand, mata penduduk di wilayah bergolak di selatan negara ini - Yala, Narathiwat dan Pattani- akan bertumpu pada 11 kerusi Parlimen yang menjadi rebutan parti politik.

Tanpa gagal, ceramah dan sesi ramah mesra yang diadakan oleh parti-parti bertanding sentiasa memikat hati ribuan penduduk yang membanjiri padang dan dewan, semata-mata mahu mendengar ucapan dan janji parti terbabit.

Hakikatnya, menurut Timbalan Ketua Dewan Masyarakat Madani Selatan Thai, Mansor Salleh, harapan penduduk terbabit hanya satu, calon yang menang 11 kerusi terbabit akan menamatkan konflik yang telah mengorbankan lebih 7,000 nyawa termasuk orang awam setakat ini.

"Penduduk tempatan mahu proses damai diteruskan agar dapat menyelesaikan konflik dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi penduduk tempatan," katanya kepada Bernama.

Majlis Syura Patani (Mara Patani) sebelum ini mengumumkan keputusan menggantung rundingan sehingga selesai pilihan raya umum Thailand kerana kecewa terhadap sikap yang ditunjukkan oleh ketua panel rundingan damai Thailand, Jeneral Udomchai Thammasarorat.

Seorang penduduk yang juga mangsa keganasan, Kamnen Chamnankit berharap calon dan parti yang menang pilihan raya umum ini akan menyelesaikan masalah penduduk setempat serta mengembalikan keamanan di wilayah itu.

"Saya harap Perdana Menteri yang baharu bersifat adil dan dapat menyelesaikan masalah rakyat selain menepati janji ketika kempen piilhan raya," katanya kepada Bernama.

Sebelas kerusi yang dipertandingkan di wilayah selatan pada pilihan raya umum Ahad ini ialah masing-masing empat di Narathiwat dan Pattani sementara tiga di Yala dengan hampir 40 parti mendambakan kerusi berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2014, Demokrat memenangi sembilan daripada 11 kerusi tersebut iaitu empat di Narathiwat, tiga di Yala dan dua di Pattani.

Ini merupakan pilihan raya umum pertama Thailand selepas rampasan kuasa oleh tentera pada 2014.

Sumber : utusan.com, 22 Maret 2019.
Photo : Bangroon Photo.

Rabu, 13 Maret 2019

Genap 59 Tahun Hari Ulang Tahun BRN Melayu Patani : "Perang Revolusi Belum Selesai"

Salam revolusi.

Bapak-bapak dan ibu-ibu, kami berdoa dan berharap Anda semua akan memiliki kesehatan yang baik dalam situasi damai sejak "keselarasan revolusi nasional." Melayu-Patani didirikan pada 13 Maret 1960, brn dan rakyat kami berjuang. Keras melawan segala bentuk penindasan untuk menemukan kebebasan dari sistem akar.

Masalah di Patani bukanlah konflik baru, atau hanya terjadi 15 tahun yang lalu, muncul sekitar 234 tahun yang lalu ketika Siam (Thailand) menyerang dan merasuki Patani pada tahun 1785 dengan perlindungan luar biasa dari atau terhadap serangan oleh Orang-orang Patani sampai mereka dikalahkan, tetapi wilayah dan kekuasaan negara tetap sama dan tetap berkuasa oleh orang-orang Patani.

Dari tahun 1902 hingga 10 Maret 1909, selama "Perjanjian Anglo-Siam" ditandatangani, itu adalah era sejarah akar karena masalah politik dan konflik sudah dimulai. Sampai sekarang, negara dan kekuatan Patani di Semenanjung Melayu menghilang dari peta dunia oleh Siam (Thailand) dengan tipu daya dan taktik jahat.

Biarkan dia tahu!

110 tahun, peta Negara Bagian Patani ditelan oleh Siam
110 tahun, Patani dijajah dan menghilang.
110 tahun, Patani ditinggalkan oleh dunia ini.
110 tahun, Patani menderita
110 tahun darussalam, hidup hanya punya cerita

Sampai sekarang, orang-orang Patani saling bertarung, tidak pernah berhenti untuk mengklaim hak kepemilikan. Perang dan perang terjadi di tempat yang berbeda dan fitur yang berbeda. Perjuangan rakyat, akar dan daerah masih terjadi tanpa persatuan karena raja mereka dihilangkan. Tidak ada persatuan nasional dan kekuatan nasional.

Di tengah kesulitan dan keinginan untuk menyatukan kekuatan dan persatuan rakyat, brn didirikan pada 13 Maret 1960 sebagai organisasi untuk melanjutkan kebutuhan masyarakat dan mengembalikan hak kepemilikan. Kebebasan adalah untuk semua bangsa, Brn bertanggung jawab untuk melindungi hak asasi manusia dan hak asasi manusia, menjaga hak-hak kepemilikan, milik semua orang yang memiliki kebutuhan Patani.

Situasi sebenarnya dari Patani saat ini adalah masalah negosiasi. Ini bukan tentang proses negosiasi karena Thailand sering menolak dan menolak ketika ada persyaratan internasional. Karenanya, kami dan orang-orang Patani meminta masyarakat dunia untuk mempertimbangkan dan berpartisipasi dalam menyelesaikan konflik ini.

Tujuan dari brn adalah untuk menggabungkan semua jenis orang Patani menjadi satu baris sebagai pejuang brn untuk menjadikan rakyat Amerika dan mendapatkan semua kebebasan mereka, menurut PBB oleh pemerintah kita yang adil. Jadi kami berharap bahwa semua orang kami: Melayu, Cina dan Thailand, jangan khawatir tentang hal itu.

Brn dan orang-orang Patani memahami bahwa kita tidak dapat meraih kesuksesan melalui kesederhanaan. Kesuksesan kita harus melalui perjuangan. Jadi untuk semua orang Patani, mari kita berjuang melawan ini. Menahan penderitaan dan menanggung kesulitan Perdamaian yang berkelanjutan sedang menunggu kita.

Kebebasan! Kebebasan! Insyaallah patani akan bebas.

Sumber : Information Departement-BRN, 12 Maret 2019.
Translate : JEMAP Online.


Thai Lawyer’s ‘Disappearance’ Unsolved 15 Years On

Still No Justice for Somchai Neelapaijit and Other Victims.

Fifteen years ago this week, I received a phone call in the middle of the night with the news that Somchai Neelapaijit had gone missing. At the time, Somchai was chair of Thailand’s Muslim Lawyers Association and vice-chair of the Human Rights Committee of the Lawyers Council of Thailand.

Official investigations have at least established that Somchai was abducted on March 12, 2004 and later murdered, though his body has never been found. His alleged assailants are a group of police officers who sought retaliation for Somchai’s involvement in lawsuits alleging widespread police torture of Muslim suspects in Thailand’s insurgency-ridden southern border provinces.

But over the past decade and a half, seven prime ministers, including current Prime Minister Gen. Prayut Chan-ocha, have failed to bring Somchai’s killers to justice.

A key reason is that Thailand’s penal code does not recognize enforced disappearance as a criminal offense. Without the body, prosecutors could only file charges of robbery and coercion against the five police officers implicated in the case. Their trial, hampered by official cover-ups, ended in their acquittal in December 2015.

Efforts by Somchai’s family to obtain justice have been hampered by a 2015 Supreme Court ruling that the family cannot act as a co-plaintiff, because there is no concrete evidence showing he is dead or otherwise incapable of bringing the case himself. The ruling placed the impossible burden on disappeared people of proving they had been disappeared.

Somchai’s case is the only one ever brought before a Thai court, even though the United Nations has recorded 82 enforced disappearance cases in Thailand since 1980. None have been resolved, and no one has ever been punished.

The Prayut government has repeatedly pledged to ratify the international convention on enforced disappearance, which Thailand signed in 2012.

But as we mark 15 years since Somchai disappeared, that promise has still not been kept.

Even today, Thai authorities are creating conditions conducive to enforced disappearance, such as the use of secret detention by anti-narcotics units and in national security cases.

Thailand’s victims of enforced disappearance and their families deserve better.

Another year should not pass without justice for Somchai and so many others.

Sumber : hrw.org, 11 Maret 2019.

Senin, 11 Maret 2019

Politik Ghairah Ketua Delegasi Thailand Menjadi Kehilangan Arah Tuju

Suatu pernyataan politik tidak sihat dan pembelokan fakta sebenar oleh Genderal Udomcai Tammasarurat tentang konflik di Patani. Pernyataannya, sangat tidak realistik terhadap arah tuju dan kelanjutan proses pembicaraan damai.

Pengelabuan fakta yang sebenar terhadap realiti Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN). Gen. Udomcai T. mengatakan organisasi ini tidak memiliki susunan yang baik dan solit. Hanya sahaja beberapa orang yang di anggap penting dalam organisasi ini. Sebuah pernyataan geli dan tidak bermarwah sebagai ketua Tim Delegasi.

Apa lagi Tim ini mewakili Agenda Kebangsaan Thailand, yang di tugaskan oleh pihak Perdana Menteri.

Hasilan daripada rampasan kuasa demokrasi rakyat Thailnad sendiri. Sikap Gen. Udomcai T. ini memang tidak layak lagi menjadi ketua Tim Delegasi Thailand dalam proses pembicaraan damai. Kerana sudah di anggap tidak bermarbat dan murahan oleh mana-mana pihak yang mendengarkan temu bual dirinya dan wartawan di beberapa kesempatan.

Kenyataan yang menjadi rahasia umum bahawa BRN adalah oraganisasi yang tersusun sangat baik dan rahasia. Organisasi yang memiliki keanggotaannya daripada setiap kalangan rakyat bangsa Patani.

Bermula daripada para ulama muktabar, intelektual dari berbagai bidang, yang memiliki kepakaran hampir setiap aspek. Golongan terpelajar dan berakhlak baik,juga bermoral dalam kehidupan bermasyarakat. Dalam setiap lapisan kehidupan di 4 wilayah terdapat anggota BRN.

Terdiri daripada Pejabat kerajaan Thailand sendiri, iaitu Pejawat awam, Polis, Tentera dan rela. Guru-Guru sekolah kebangsaan dan pegawai-pegawai kerajaan lainnya. Kerana BRN merupakan organisasi rahasia dan bersifat UNDER GROUND.

Maka, menjadi fakta dan sangat rasional sekali bagi pernyataan-pernyataan Pertubuhan Antarabangsa, seperti Internasional Crisis Group (ICG), Pertubuhan SASAGAWA  Jepun, ICRC Swisszeland, Erope Union (EU) dan banyak lagi yang tidak disebut. Pertumbuhan-petumbuhan antarabangsa ini sangat memahami tentang isu konflik di Patani.

Mereka bahkan tahu bahawa BRN-lah berperanan penting terhadap konflik di selatan Thailand. Beberapa daripada mereka juga berkesempatan menemui dan temu bual bersama Angkatan Bersenjata BRN.

Kombetan BRN adalah yang terkuat dan tingkat operasinya sangat akfektif, juga menepati sasaran dalam setiap operasi yang dilancarkan. BRN mendapat pengakuan daripada perbagai pihak. Seperti Gen. Sumret Seerai, yang cukup lama bertugas di 4 wilayah.

Dia sendiri banyak membuat kajian tentang struktur dan susunan BRN. Hasilnya, di akui bahawa BRN mempunyai susunan yang lengkap dan terdapat susunan yang sulit di fahami. Bersifat rahasia dan susah dikenali keanggotaannya dan mempunyai kekuatan yang susah untuk dikalahkan.

Chaiyung Maneerungsakun, selaku Preseden Perkumpulan Surat Khabar Wilayah Selatan, yang sudah sekian lama bertugas di 4 wilayah, dengan jelas menyatakan bahawa BRN-lah yang menguasai kawasan dan rakyat, juga aktif bergerilya di 4 wilayah tetsebut. Tambahnya, operasi BRN selalu berjaya dan susah untuk menangkap pelakunya. 

Kerana mendapat sokongan dan bantuan daripada rakyat tempatan. Dia juga mengatakan, proses pembicaraan damai tidak akan kemana-kemana. Selagi BRN tidak di perakui posisi sebenarnya dalam isu konflik ini. Dengan ertian kata, BRN di terima sepenuhnya sebagai lawan pembicaraan pihak kerajaan Thailand.

Cukup sampai di sini sahaja bagi Gen. Udomcai T., untuk membawa Tim delegasinya dan tidak mungkin sampai kemeja perundingan damai yang dialu-alukan. Sikap tidak menghargai lawan dialog, juga telah membuktikan dirinya.

Dengan berkelakuan politik yang tidak sopan, menolak bertemu dengan Delegasi Majelis Rakyat Patani (MARA PATANI), yang selama 7 tahun ini menjadi lawan dialog kerajaan Thailand.

Sebagai moral negarawan dan ketua Tim delegasi Thailand. Sepatutnya sikap tersebut, tidak ditunjukan dengan pernyataan-pernyataan melalui silap lidah di media. Yang akhirnya, Gen. Udomcai T. yang kehilangan arah tuju dalam proses yang dia upayakan.

Boleh di katakan, kembali balik ketitik nol. semula dan hilang puncanya. Jika memang niatnya untuk mengetepikan MARA PATANI. Maka semuanya akan kembali ketahun 2013, dengan kembali mencari aset pertama dikala itu iaitu Ustaz Hasan Toyeb.

Sandiwara apa lagi yang akan ditunjukan oleh Gen. Udomcai T. kepada bangsa Patani. Polisi damai di bawah kibaran bendera masyarakat majmuk tanpa mengira etnik dan agama.

Dengan anggapan bahawa semua agama sama, bebas bergaul dalam kesamarataan dan tidak ada perbezaan dalam setiap aspek kehidupan. Jelas ini bukan identiti sebenar bangsa Patani, yang salalu menjunjug tinggi nilai-nilai agama Islam, berlaku adil bagi setiap aspek kehidupan, bertolak ansur sesama manusia dan murah senyum dalam berakhlak.

Rasa persaudaraan yang kuat dan penuh kasih sayang bagi setiap bangsa yang ada di wilayahnya. Persaudaraan bangsa Patani tidak hanya terhenti di 4 wilayah sahaja. Tetapi meluas dan menyebar keseluruh Nusantara, Malaysia, Indonesia, Brunai Darussalam, Singapura dan Pilipina.

Kemelayuan bangsa Patani dan persaudaraan Nusantara akan menjadi kekauatan perang rakyat semesta terhadap kerajaan Thailand. Sekiranya. Gen. Udomcai T. berusaha untuk memaksa Ustaz Hasan T., ini tidak akan menghasilkan apaapa kepentingannya.

Apa lagi untuk menarik Ustaz Hasan T. kembali berperanan aktif dalam proses perundingan damai akan menjadi sia-sia. Mengingatkan bahawa tahun 2013, upaya Taksin Cinawatra dan adiknya Yingluk Cinawatra sebagai Perdana Menteri Thailand pada masa itu.

Semua berjalan di bawah kerajaan demokrasi dan bukan Rezim rampasan kekuasaan. Gen. Udomcai T. perlu mengkaji semula terhadap konflik ini, selama 14 tahun perang terjadi semenjak 2004 dan terus berlangsung di setiap saat.

Di bawah 6 orang Perdana Menderi yang bersilih ganti, 2 kali terjadi rampasan kuasa oleh tentera. Iaitu di bawah Gen. Sunti Bunyarakalim dan Gen. Prayut Cant O Cha. Namun, BRN masih aktif perjuang di bawah satu kesatuan umat dan rakyat, yang selalu memberi bantuan sokongan padu, tidak mengenal lelah dan selalu berjuang untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan sepenuhnya daripada penjajahan Thailand.

Sumber : suararakyat1785.blogspot.com, 11 Maret 2019.