Jakarta, pada 25 Oktober 2015, sekitar jam 08:00 – 10:00 WIB, bertempat di Glora Bungkarno Senayang. Golongan mahasiswa dan mahasiswa asli Patani dan teman-teman
dari Indonesia juga turut bergabung untuk penyebar tentang peristiwa tragedi
TAKBAI yang amat tidak prikemanusian dan prikeadilan terhadap bangsa-bangsa
melayu Patani.
Peristiwa
teragedi TAKBAI ini berlaku sejak 25
Oktober 2004, peristiwa teragedi berdarah TAK BAI 11 (sebelas) tahun yang lalu
tanpa ada KEBENARAN dan KEADILAN , kini kembali lagi dihati massa rakyat
Patani. Sejarah demokrasi aktivis demokrasi rakyat Patani untuk membebaskan 6
(enam) orang sukarelawan pertahanan kampong yang ditahan tanpa bukti oleh
pemerintahan Siam Thailand karena di sangka membuat laporan palsu setelah
rompakan senjata yang dibagi oleh pemerintahan Siam Thailand. Demokrasi aman
tanpa senjata diadakan untuk menggesa pihak pemerintahan Siam Thailand tempatan
(Narathiwat) berlaku adil atas mereka yang tidak bersalah itu. Dengan tidak
disangka-sangka, kekerasa dan pembunuhan yang diperolehi mereka. Sejarah hitam
seperti itu telah menimpa nasib Bangsa Melayu Patani punca perjanjian Anglo
Bangkok atau Anglo-Siamese Treaty 1909 berterusan. Dari satu tingkat ke satu
tingkat nasib Bangsa Melayu Patani yang terjajah menimpa kesedihan dibawah
hegemoni Siam (1765-1902) hingga sekarang. Kata pepatah orang tua-tua Melayu
dahulu “sudah jatuh ditimpa tangga pula” maknanya sudah hilang tempat
bergantung (dijajah) kecelakaan pula. Sedangkan demokrasi aman tanpa senjata
itu dijamin oleh undang-undang Siam (UUS).
Demokrasi TAk
BAI yang aman tanpa senjata itu, bertukar menjadi medan perang yang ganas dalam
sekelip mata, setelah polisi dan tentera Siam menembak gas pemedih mata, meriam
air dan tembakan peluru kearah orang-orang awam yang berhimpun menyebabkan 28
(dua puluh lapan) orang shahid sekitar 6 (enam) balai polisi dan 22 (dua puluh
dua) yang lain persisiran sungai TAK BAI, ramai yang tercedera dan 1300 orang
yang ditahan. Dalam keadaan ramai yang pingsan dan cedera dipenuhi dengan darah
akibat dipukul dan layanan buruk oleh polisi dan tentera Siam untuk menhentikan
demokrasi tersebut. Tentera Siam tidak mengambil sebuah Ambulans pun atau
pasuka perubatan untuk merawat bangsa-bangsa Melayu Patani yang bernasib malang
itu.
Setelah
semalaman para aktivis demokrasi TAK BAI ditahan dibawah tanggungjawab tentera
di kem Telaga Bakung Wilayah Patani, didapati 84 (lapan puluh empat) orang lagi
shahid. Matan perdana menteri Tahksin
Sonowatra tahun (2001-2006) membuat kenyataan di parlemen bahawa mangsa-mangsa
yang mati dalam tahanan Telaga Bakung itu karena puasa (sesak nafas). Jumlah
orang-orang yang shahid 112 (satu ratus dua belas) orang dibulan Ramadhan 1425
H.
Menurut komiti
Hak Asasi Manusia (HAM) yang beribu pejabat di Bangkok atau National Human
Rights Committee (NHRC). Mereka yang ditahan itu di pukul, ditendang dan
ditumbuk, ada diantaranya diperlakukan begitu semasa berbaring diatas tanah
dengan tangan terikat dibelakang.
Rakyat Patani
membantah sekeras-kerasnya cara tentera Siam menangani demokrasi TAK BAI
mengakibatkan ramai para aktivis demokrasi terbunuh. Sikap hipokrit Bangkok
telah melututkan kepercayaan rakyat Patani akan sistem demokrasi berparlimen
Thailand. Menurut kepada fakta tragedi TAKBAI jelas menunjukakan Penglima
Tentera bahagian 4 (empat), Gen Phisan Watthana Kiri sendiri ujud disebalik
tindakan kekerasan yang tidak berprikemanusian itu.
"Selama
belum ada pertanggungjawaban negara, terhadap pelanggaran hak asasi
manusia) (HAM) berat (kejahatan kemanusiaan). Maka pelanggaran hak asasi manusia ini
merupakan kejahatan yang akan terus berterusan"
0 komentar:
Posting Komentar