Jumat, 12 Februari 2016

GENERASI MUDA DI NAKHON SRITHAMARAT SEMAKIN LUPAKAN BAHASA MELAYU

AMPERA PATANI - (BERNAMA) 13 Febuari 2016, Sejak turun temurun orang Thailand berbangsa Melayu di wilayah Nakhon Srithamarat, selatan Thailand bertutur bahasa Melayu loghat Kedah, namun generasi mudanya semakin kurang bertutur bahasa itu.
Aktivis Bahasa Melayu di Khlongdin, Zainah Saiwari berkata generasi muda bangsa Melayu di wilayah itu kini lebih selesa bertutur bahasa Thai dialek selatan kerana pengaruh masyarakat sekeliling.
Ini ditambah oleh faktor penduduk berbangsa Melayu di situ yang semakin mengecil bilangannya, tiada pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, sekaligus mengurangkan aktiviti-aktiviti yang menggunakan bahasa Melayu, katanya.
Beliau berkata kini hanya segelintir golongan tua di Nakhon Srithamarat yang masih mempertahankan penggunaan bahasa Melayu.
"Orang Muslim di sini sudah lama bertutur bahasa Melayu, semasa nenek moyang saya dahulu mereka menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan sehingga zaman saya sekarang.
"Bahasa Melayu di sini ada persamaan dengan bahasa Melayu di bahagian utara Malaysia iaitu Kedah kerana ada seorang Tuan Guru yang bertutur bahasa Melayu loghat Kedah datang membuka pondok agama di sini, manakala di bahagian Daerah Thasala ada persamaan dengan bahasa loghat Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Khlongdin, ialah sebuah kawasan penempatan di daerah Muang di wilayah Nakhon Srithamarat dan majoriti penduduk di kawasan ini adalah orang Muslim.
Zainah, 66, yang bergiat dalam bidang bahasa Melayu di selatan Thailand sejak zaman mudanya, berkata perkembangan yang berlaku dalam kalangan generasi muda Melayu di Nakhon Srithamarat dibimbangi akan membantutkan perkembangan dan kemajuan bahasa Melayu di wilayah itu.
Berbeza dengan apa yang berlaku di Nakhon Srithamarat, penggunaan bahasa Melayu masih dipertahankan di wilayah Patani, yang merangkumi tiga wilayah iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani serta empat daerah di wilayah Songkla iaitu Chana, Thepha, Sebayoi dan Nathawi.
Majoriti penduduk di wilayah Patani adalah berbangsa Melayu dan ada sebahagian daripada golongan tua di sana yang hanya boleh bertutur bahasa Melayu loghat Kelantan dan tidak memahami langsung bahasa Thai.
Presiden Pusat Pengembangan Kebudayaan Islam, Pattani, Asnee Dolahlae, 36, berkata bahasa Melayu Patani ada persamaan dengan bahasa Melayu loghat Kelantan kerana dipengaruhi faktor sejarah zaman pemerintahan Patani.
"Menurut sejarah semasa Raja Kuning dari Patani mangkat, pemerintahannya telah diganti oleh Raja Bakal dari Kelatan kerana Raja Kuning tidak mempunyai pewaris.
"Oleh kerana raja dari Kelantan banyak berjasa kepada Raja Kuning maka dilantik raja dari Kelantan untuk memerintah Patani seramai lapan raja berturut-turut" katanya.
Asnee berkata Patani pada zaman dahulu merupakan sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu dari Songkhla hingga Kelantan sebelum diserang dan ditawan oleh Siam.
Mengikut sejarah, pernah suatu ketika dulu tertubuh sebuah negeri yang dinamakan Patani Besar pada tahun 1603, yang merangkumi Patani, Kelantan, Songkhla, Terengganu dan Pattalung.
Kerajaan ini kemudian berpecah apabila kerajaan pusat di negeri Patani diserang Siam pada tahun 1785, katanya.
By Kasmining Baka
Referensi sumber diulas dari links :-
.........................................................
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1215209

1 komentar:

  1. Agen Judi Sabung ayam Terpopuler di Indonesia yang sudah berdiri Lama ! Aman dan terpercaya !

    Sudah Menyediakan Deposit Menggunakan OVO, Kemudahan bertransaksi & Aman !

    situs judi online ini juga menyediakan berbagai jenis permainan lainnya seperti :
    - Casino Live
    - Sportsbook
    - Togel Online
    - Tembak ikan
    - Slot
    - Dan Masih Banyak Lainnya

    Informasi selengkapnya hubungi :
    WA :0 8 1 2 2 2 2 2 9 9 5
    BBM : B O L A V I T A
    WA : +62812-2222-995

    BalasHapus