AMPERA PATANI - Pada 09/02/2016, kira-kira 20 tahun yang lalu (1997), semasa saya menjejak kaki di bumi Patani buat kali pertama, saya dapati bahawa kondisi bahasa Melayu di Patani bagaikan seorang pesakit tenat yang sedang mendapat rawatan di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU). Malangnya, pada tahun 2016, bahasa Melayu Patani masih berada di ICU tanpa tanda-tanda pemulihan dari sakitnya yang tenat itu.
Walaupun keadaan ini sama sekali tidak menyenangkan, tetapi pada hakikatnya bahasa Melayu Patani masih ‘hidup’ lagi, tidak seperti bahasa-bahasa Melayu yang sudah pupus di wilayah-wilayah yang lain di Thailand. Misalnya, Wilayah Satun merupakan satu wilayah yang peratusan orang beragama Islamnya paling tinggi di Negara Gajah Putih.
Pada kira-kira 100 tahun yang lalu, semua perkampungan di wilayah ini (sekitar 300 buah kampung) berbahasa Melayu. Kini, menurut satu kajian yang dilakukan oleh pengkaji bahasa Melayu tempatan, tinggal 13 buah kampung sahaja yang masih menggunakan bahasa Melayu secara aktif, kesemuanya terletak di simpadan dengan Malaysia.
Ahli sejarah terkenal di Kelantan, Ahmad Fathy Al-Fatani, ketika ditemui penulis, pernah menunjukkan catatan orang Belanda pada abad ke-19 yang memilih Singgora (Songkhla) sebagai tempat belajar bahasa Melayu kerana ‘pertuturannya (dalam bahasa Melayu) bagus’. Kini, di kota pelabuhan tersebut, hampir tiada orang yang berbahasa Melayu dalam kehidupan seharian, walapun kebanyakan penduduk di kota tersebut masihg memeluk agama Islam.
Di tempat-tempat lain, keadaannya lebih dahsyat. Terdapat beberapa wilayah di Thailand yang namanya berasal dari bahasa Melayu, seperti ‘Phuket (bukit)’, ‘Phangga (bunga)’, ‘Trang (terang)’ dan sebagainya. Dalam wilayah-wilayah tersebut dan wilayah yang berhampiran, masih terdapat masyarakat beragama Islam, tetapi boleh dikatakan hampir semuanya tidak lagi bertutur bahasa Melayu. Bahasa percakapan seharian mereka ialah bahasa Thai dialek selatan. Kesan bahasa Melayu hanya tinggal pada nama-nama tempat sahaja, itu pun jika ada.
Berbanding dengan kondisi bahasa Melayu yang sudah pupus di daerah-daerah lain, kondisi bahasa Melayu di Patani boleh dikatakan jauh lebih baik, kerana sekurang-kurangnya bahasa Melayu masih digunakan sebagai bahasa pertuturan seharian di Patani (dalam bentuk bahasa Melayu dialek Patani).
Walau bagaimanapun, jika ditanya adakah bahasa Melayu Patani boleh mempertahankan diri dengan dalam edaran zaman yang begitu pesat ini, kita juga tidak dapat memberikan jawapan yang terlalu positif. Apatah lagi jikia kita memikirkan sama ada kita dapat memartabatkan bahasa Melayu Patani supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa Melayu di Malaysia atau bahasa Indonesia, di bawah kondisi sekarang, cita-cita ini sangat sukar dicapai. Dengan demikian, pertama, untuk menyelamatkan bahasa Melayu di Patani, dan kedua, untuk memajukan serta mengembangkan bahasa Melayu di Patani, kita juga perlu bersikap realistik.
Pada peringkat sekarang, masih ada banyak perkara yang berada di luar lingkungan kuasa orang tempatan, kerana hal-hal sedemikian berkaitan rapat dengan kondisi politik semasa dan sistem pemerintahan. Sungguhpun demikian, masih tetap ada banyak perkara yang boleh dilakukan oleh individu-individu yang ingin mengembangkan bahasa Melayu di Patani.
Berikut ialah 10 tahap yang perlu dicapai oleh sesebuah bahasa, terutamanya bahasa Melayu di Patani, untuk terus bertahan dalam edaran zaman dan dapat dikembangkan untuk menjadi sebuah bahasa yang bermartabat. Kesemua tahap yang berikut bermula dengan kata kerja terbitan yang dibina dengan apitan ‘meN-i’, yang bermula daripada ‘mengalami/melalui’ dan berakhir dengan ‘menjiwai’. Tahapan-tahapan yang diantaranya ada yang boleh digantikan antara satu sama lain.
1. Mengalami/Melalui
Apa yang dimaksudkan dengan ‘mengalami’ atau ‘melalui’ dalam konteks ini ialah sebagai seorang bangsa Melayu Patani, sejak dilahirkan sehingga besar, biasanya dia akan berada dalam lingkungan yang menggunakan bahasa Melayu dialek Patani. Dengan itu, secara automatis dia juga mengalami bahasa Melayu dalam kehidupan sehariannya. Ini merukapan tahap yang paling awal. Tahap ini boleh dicapai tanpa sebarang usaha, hanya perlu dilahirkan atau berada dalam lingkungan yang menggunakan bahasa Melayu sahaja.
Walaupun begitu, pada masa sekarang, sudah mula ada keluarga-keluarga orang Melayu, terutamanya di kawasan perkotaan atau bandar, tidak lagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa keluarga. Bagi golongan ini, nasib yang menatikan mereka ialah kehilangan bahasa nenek moyang mereka.
2. Mengenali
Tahap yang selanjutnya ialah ‘mengenali’, iaitu mengenali bahasa Melayu. Tahap ini penting kerana ini merupakan titik permulaan terhadap perasaan positif terhadap bahasa Melayu, bak kata pepatah, ‘tak kenal maka tak cinta’. Namun demikian, cinta yang lahir pada tahap ini belum lagi cinta yang sejati, sebaliknya lebih bersifat ‘cinta buta’ atau ‘cinta monyet’. Ramai daripada orang Melayu Patani mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu, tetapi hampir tidak berhasil kerana kekurangan dalam perkara-perkara tertentu. Akibatnya, rasa cinta mereka juga hampir tidak dapat membuahkan hasil yang positif. Supaya semangat tersebut dapat menghasilkan sesuatu dampak yang positif terhadap bahasa Melayu, penutur bahasa Melayu juga perlu mengalami tahap-tahap yang selanjutnya.
3. Menyedari
Tahap yang ketiga ialah ‘menyedari’, iaitu ‘menyedari bahawa bahasa Melayu perlu dipelajari’. Ramai daripada orang Melayu Patani, sebaik sahaja dimaklumkan bahawa saya mengajar bahasa Melayu, menunjukkan rasa hairan, dan memberikan reaksi-rekasi tertentu. Sebagai contoh:
“Kenapa kamu mengajar bahasa Melayu? Bukankah lebih baik mengajar bahasa Jepun kepada anak-anak Melayu Patani? Itu lebih menguntungkan merkea.” atau
“Kita sudah bercakap bahasa Melayu di rumah, dalam kehidupan seharian. Jadi tidak perlulah kita belajar bahasa Melayu lagi. Lebih baik belajar bahasa-bahasa lain.”
Kebanyakan bekas pelajar saya di universiti juga pernah diajukan soalan yang lebih kurang sama, iaitu “buat apa belajar bahasa Melayu?” dan sebagainya.
Keadaan sedemikian jelas menunjukkan bahawa dalam masyarakat Melayu Patani masih ada agak ramai yang tidak terlepas daripada kejahilan, kerana mereka tidak ‘menyedari’ satu hakikat bahawa setiap bahasa perlu dipelajari dengan sungguh-sungguh. Kita tidak akan dapat menguasai sesuatu bahasa tanpa dipelajari.
Lihat sahaja orang Malaysia. Adakah orang Malaysia menguasai bahasa Melayu tanpa pembelajaran yang sistematis dan memakan masa yang amat panjang? Adakah orang Indonesia semuanya bisa berbahasa Indonesia hanya kerana mereka dilahirkan sebagai orang Indonesia? Jawapannya tidak. Hanya orang Melayu Patani sahaja yang beranggapan bahawa orang Melayu tidak perlu belajar bahasa Melayu. Hatta orang Thai sendiri, untuk menjadi pengguna bahasa Thai yang baik, perlu mempelajari bahasa Melayu dengan sungguh-sungguh. Hal ini membawa kita kepada tahap yang keempat, iaitu ‘mempelajari’.
4. Mempelajari
Mempelajari dalam konteks ini bukan belajar secara main-main sahaja, sebaliknya, belajar bahasa Melayu seperti kita mempelajari bahasa-bahasa lain, seperti bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa China, bahasa Jepun dan sebagainya. Atau belajar bahasa Melayu seperti kita belajar subjek-subjek lain, tidak kiralah sains, matematik, agama, dan sebagainya. Di samping kesungguhan, proses mempelajari ini juga memerlukan pembelajaran yang sistematik dan teratur. Para pelajar juga harus mempelajari bahasa Melayu dengan rajin dan gigih. Selagi bahasa Melayu tidak dianggap sebagai satu ‘subjek’ atau ‘mata kuliah’ yang sah, orang Melayu juga tidak akan mempelajarinya secara serius.
Oleh itu, tahap ini sangat penting untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di Patani.

Perkara yang perlu dipelajari di peringkat ini ialah semua perkara yang bersangkutan dengan penggunaan bahasa, bermula daripada kosa kata, tatabahasa seperti susunan ayat dan penggunaan imbuhan.
5. Memahami
Setelah mempelajari bahasa Melayu secara sistematis, kita dapat memahami bahasa Melayu. Kefahaman yang timbul pada peringkat ini tidak lagi kefahaman yang kurang jelas, sebaliknya kefahaman yang berdasarkan ilmu bahasa. Kita dapat menganalisis struktur atau susunan ayat, dapat membezakan golongan kata dengan tepat, dan memerhatikan penggunaan kata. Pada peringkat ini, seseorang pengguna bahasa dapat membaca dan mendengar bahasa yang dipelajari dengan baik.
6. Mendalami/Menghalusi
Proses ‘mendalami’ dan ‘menghalusi’ amat perlu untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu kita, terutamanya untuk mempelajari ‘selok-belok’ dalam penggunaan bahasanya. ‘Mendalami’ bererti memahami sesuatu dengan mendalam, baik di peringkat perkataan, ungkapan, ayat mahupun di peringkat secara keseluruhan. ‘Menghalusi’ pula menguasai perkara-perkara terperinci tentang satu-satu perkataan, imbuhan dan segala perkara yang berkaitan dengan penggunaan bahasa. Misalnya, seorang yang sudah mendalami dan menghalusi bahasa Melayu dapat membezakan maksud antara istilah-istilah seperti ‘cantik, indah, ayu, elok’ atau ‘aman, damai, sejahtera, sempurna’ dan sebagainya. Bukan itu sahaja, dia juga harus dapat memahami maksud tiap-tiap perkataan dengan baik. Tujuan proses ‘mendalami’ dan ‘menghalusi’ adalah supaya kita dapat memahami dan membina ayat yang rumit tetapi teratur dan sempurna
7. Menguasai
Menguasai’ artinya dapat menggunakan bahasa Melayu dengan sepenuhnya untuk menyampaikan maksud serta buah fikirannya sendiri, kerana ilmu-ilmu asas yang diperlukan tentang bahasa Melayu sudah dipelajari. Pada peringkat ini, barulah orang yang menabur bakti demi perkembangan bahasa Melayu dapat melakukan tugasnya dengan baik. Dengan kata lain, sebelum seseorang mencapai tahap ini, janganlah cuba ‘cari makan’ dengan bahasa Melayu, sama ada sebagai guru, pensyarah, jurubahasa, penterjemah, wartawan, penulis, juruhebah, DJ dan sebagainya.
Salah satu masalah bahasa Melayu di Patani ialah keadaan di mana orang-orang penguasaan bahasa Melayunya terlalu lemah sudah mulai ‘cari makan’ dengan bahasa Melayunya yang maish sangat lemah itu. Akibatnya, bahasa Melayu yang tidak betul, tidak sempurna dan yang salah pula disebarluaskan kepada masyarakat umum. Walaupun niat mereka adalah ingin mengembangkan bahasa Melayu, tetapi oleh kerana penguasaannya terlalu lemah, maka niatnya selalunya tidak tercapai. Orang yang ingin mengajar bahasa Melayu, menulis sesuatu dalam bahasa Melayu atau menggunakan bahasa Melayu dalam pekerjaannya sekurang-kurangnya perlu mencapai tahap ini. Jika belum dicapai, jangan dicuba, kerana perbuatan sedemikian akan menjejaskan bahasa Melayu di Patani.
8. Menikmati
Setelah ‘menguasai’, barulah kita dapat ‘menikmati’ bahasa Melayu, baik keindahan, keistimewaan mahupun kehebatannya. Pada peringkat ini, kita tidak perlu lagi dipaksa atau disuruh untuk memmpelajari, kerana menggunakan bahasa Melayu sudah menjadi satu nikmat baginya. Kita akan berasa soronok apabila kita membaca, mendengar, bertutur atau menulis dalam bahasa Melayu. Pengalaman menggunakan bahasa Melayu sudah menjadi nikmat dan sebahagian daripada hidupnya. Orang yang berada pada peringkat ini akan terus-menerus mengkaji bahasa Melayu tanpa dipaksa, dan akan menambahkan pengetahuan tanpa disuruh. Hasilnya ialah bahasa Melayunya semakin hari semakin bagus.
9. Mencintai
Selepas kita mengenali nikmat dalam bahasa Melayu, tumbuh satu perasaan di dalam benak hati kita, iaitu cinta terhadap bahasa Melayu, iaitu cinta sejati yang suci dan abadi. Pada peringkat ini, bahasa Melayu sudah menjadi sesuatu yang tidak dapat ternilai, dan kita juga tidak dapat terpisah daripada bahasa Melayu. Keinginan dan niat untuk melakukan sesuatu bahasa Melayu juga akan tumbuh sesudah kita benar-benar mencintai bahasa Melayu.
Perasaan cinta ini merupakan perasaan peribadi. Kita mencintai bahasa Melayu seperti kita mencintai, misalnya, alam semulajadi, tanah air, bangsa, dan agama kita, bukan sekadar perasaan sayang yang akan pudar setelah demam cinta itu hilang. Perasaan cinta terhadap bahasa Melayu ini sudah menjadi cinta yang berakar dalam nurani kita, kerana kita juga sudah mengenali nikmat bahasa Melayu. Dan perasaan cinta ini juga diharapkan agar membawa kita kepada peringkat yang terakhir, iaitu ‘menjiwai/menghayati’.
10. Menjiwai/Menghayati
Orang yang menjiwai bahasa Melayu ialah orang yang berjiwa bahasa Melayu. Dengan kata lain, bahasa Melayu sudah menjadi sebahagian daripada jati dirinya yang tidak akan terpisah daripada dirinya. Pada peringkat ini, lahirlah kesedaran dan keyakinan bahawa ‘jika bahasa Melayu mati, bangsaku juga akan mati’. Dengan demikian, orang yang berjiwa bahasa Melayu juga sentiasa didorong oleh satu kesedaran bahawa dia harus melakukan sesuatu untuk bahasa Melayu. Tetapi apa yang dilakukan oleh orang yang berada peringkat ini semuanya akan berhasil, kerana dia sudah menguasai bahasa Melayu dan mempunyai kemahiran-kemahiran yang diperlukan, baik dalam mengajar bahasa Melayu, menulis dalam bahasa Melayu atau segala kerja yang bersangkutan dengan bahasa Melayu. Orang yang menjiwai atau menghayati bahasa Melayu benar-benar dapat memahami cogan kata ‘bahasa jiwa bangsa’, kerana bahasa Melayu sudah menjadi jiwanya.
Rumusan
Sebagai rumusan, bagi orang yang hanya menggunakan bahasa Melayu dari peringkat 1 ke peringkat 5, bahasa Melayu hanya merupakan ‘bahasa mulut’, manakala jika kita mencapai tahap 6 dan 7, barulah bahasa Melayu menjadi ‘bahasa otak’. Selanjutnya, pada peringkat 8 dan 9, bahasa Melayu sudah menjadi ‘bahasa hati’, dan akhirnya bahasa Melayu menjadi ‘bahasa jiwa’ di peringkat terakhir.
Daripada penjelasan di atas, jelaslah bahawa kebanyakan masalah yang berkaitan dengan bahasa Melayu di Patani berlaku kerana bagi kebanyakan orang Melayu Patani, bahasa Melayu hanya berfungsi sebagai bahasa mulut, belum lagi mejadi bahasa otak, dan masih terlalu jauh untuk menjadi bahasa jiwa. Dengan demikian, apabila ada bahasa lain yang lebih dominan, bahasa Melayu dengan begitu mudah digantikan dengan bahasa-bahasa seperti itu. Itulah sebabnya bahasa Inggeris masih dapat berleluasa di Malaysia, dan bahasa Thai semakin menjadi pilihan bagi orang Melayu Patani.
Untuk mempertahankan bahasa Melayu pada abad ke-21 yang penuh dengan cabaran ini, kita perlu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu seseorang. Sekurang-kurangnnya kita harus menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa otak, kerana selagi bahasa tidak dikaitkan dengan otak kita (iaitu organi manusia yang membolehkan manusia berfikir dengan akal), kita tidak dapat menjiwai dan menghayati sesuatu bahasa dengan sepenuhnya.
Nota: Artikel ini berdasarkan ucapan yang disampaikan oleh penulis sebagai penutupan forum “Generasi Baru dengan Komunikasi Bahasa Melayu” pada tanggal 7 Februari 2016 di Hotel Park View, Pattani, Thailand.
By Hara Chintaro
Referensi sumber diulas dari links :-
.........................................................
https://www.facebook.com/notes/hara-shintaro/20160209-10-tahap-untuk-memajukan-bahasa-melayu-patani-demi-kemandirian-bahasa-d/10201603868614469

0 komentar:
Posting Komentar